Sunday, March 09, 2008

Kerana Kuasa (berdasarkan pengalaman roomet aku)





“ Weh dtg blik aku jap…ada hal pnting,” sms daripada Lipa. Aku membalas sms itu, “ Ade ape? Pnting sngt ker?”. Itu merupakan antara sms yang aku dapat pada petang yang sungguh membosankan. Lipa meminta aku untuk pergi ke bilik Irbas. Katanya ada perkara penting. Pada mulanya aku malas hendak pergi. Tetapi apabila mereka menghantar sms kepada aku acap kali, aku pun pergi ke bilik 1111. Apabila aku sampai di sana, aku lihat ada dalam lima orang seperti membincangkan sesuatu.

“ Assalammulaikum…” aku memberi salam. “ Waalaikummussalam, duduklah,” jawab mereka. Aku masih tidak dapat menangkap apakah perkara yang penting yang ingin dibincangkan itu. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Malas hendak menyampuk, karang tersalah sampuk pula.

Kemudian, Lipa menyuruh Naufas menjelaskan perkara yang ingin dibincangkan oleh mereka. “ Macam ini, kita nak buat AGM ni. Jadi kita hendak memilih bakal pengganti Lipa. Kalau boleh biarlah dari kalangan kita,” jelas Naufas. Aku terkejut dengan kenyataan yang dibuatkan itu. Aku pelik kenapa hendak melantik antara kami untuk menggantikan Lipa. Padahal mereka boleh membuat pemilihan itu pada AGM nanti.

Pada ketika itu, kami mencalonkan antara kami sebagai pengganti. Termasuklah aku dicalonkan sebagai pengganti aku. tetapi kenapa mereka tidak mahu mencalonkan Idnef sebagai calon yang sesuai. “ Kenapa tidak mencalonkan sahaja si Idnef jer?” tanya aku kepada mereka semua. “ Kau hendak ke dia jadi calon? Takkan kau tidak tahu perangai dia macam mana?” kata Irbas. Aku hanya mampu gelak apabila dia kata macam. Sampuk Dauf, “ Tak nak aku kalau dia jadi pres. Dah la poyo je. Semua dia yang hebat. Tapi tak tau la kot-kot hang suka dia jadi. Maklumlah diakan madu hang,” dengan nada sinis. Aku tergelak lagi. Mereka mengungkit kembali kisah aku dengan Idnef. Hanya kerana tidak dapat menambat hati seorang wanita, dia memusuhi aku. Wanita itu memilih aku untuk menjadi teman. Tetapi itu semua sudah menjadi kenangan. Kenangan yang akan di ingati sampai bila-bila, yang mana aku telah dilemparkan dengan pelbagai tomahan. Tetapi hakikatnya wanita itu tidak menyukainya.

Perbincangan itu diteruskan. Keputusan demi keputusan dibuat, namun, masih tiada kata putus yang dapat memuaskan hati mereka. “ Apa kata kau je yang jadi pres?” tanya Irbas. Aku terdiam seketika. “ Kenapa mesti aku? Aku tidak layak la,” jelas aku. Aku cuba menolak daripada menerima jawatan tersebut. Hal ini kerana, aku begitu sibuk dengan latihan sukan. Aku takut tidak mampu melakukan tugas itu dengan berkesan.

Aku masih mendiamkan diri. “ Macam mana? Boleh tak?” tanya Lipa. Aku menjawab, “ Bagi masa aku berfikir kejap. Kena fikir dari banyak aspek ni, “ jelas aku. Mereka cuba memujuk aku supaya menerima jawatan tersebut.

“ Kalau aku terima macam mana?” tanya aku.

“ Ala, kami support kau la,” jelas Irbas. “ Kami jadi orang bawahan kau la. Jangan risau.”

“ Eeemmm…”

“ Kenapa kau dan Naufas tak nak jadi?” tanya aku lagi.

“ Tak nak ah!,” jawab Irbas.

“ Kami ni layak jadi orang bawahan saja,” tambah Naufas.

Setelah aku berfikir panjang, aku pun menerima jawatan itu. Kerana mereka berjanji untuk memberikan sokongan kepada aku. Aku juga percaya dengan kredibiliti mereka kerana mereka mempunyai pengalaman dalam berpersatuan. Aku bertambah yakin kerana mereka telah membuat kata sepakat untuk memilih antara rakan-rakan kami. Jadi bagi aku semua itu tidak ada masalah.

Mereka meneruskan perbincangan mengenai pemilihan untuk mencari calon-calon menggantikan mereka. Tiba-tiba, “ Assalammualaikum, Dif ada kat mana?” tanya Lipa. Dia bertanyakan Dif ada dimana. “ I kat dalam kereta, tengah drive. Nape?” tanya Dif. Lipa tetiba jadi tidak keruan bila dia menelefon Dif. Dia seolah-olah mempunyai perasaan dengan Dif. Tetapi aku hanya senyum melihat telatah Lipa itu. Budak-budak yang lain terutama Naufas asyik menganggu Lipa.

“ Macam ni Dif, kami sepakat nak melantik Dif dan Hayadih sebagai salah seorang ajk persatuan kita. So, macam mana? Boleh ke?” terang Lipa. Aku macam biasa mendiamkan diri saja. Aku tidak berapa suka dengan cara yang digunakan ini. Bukan apa, takut nanti ada yang terasa kerana tidak terpilih. Aku yakin pasti ada yang tidak akan puas hati. Tetapi macam biasa aku hanya mendiamkan diri saja. Dalam hati sebenarnya aku tidak yakin dengan calon-calon yang dipilih oleh mereka. Hal ini kerana, kebanyakkan mereka terdiri daripada rakan-rakan aku sendiri. Aku teringat kata sarjan aku sewaktu Kadet Polis dulu, “ Dalam sesuatu persatuan itu, memang best jika kita dengar ahli jawawtankuasanya terdiri daripada kawan-kawan kita. Tetapi, hangpa kena ingat, yang kawan-kawan nilah yang membawa masalah nanti.” Kata-kata itu masih terbayang difikiran aku. Aku sendiri melihat bagaimana persatuan aku sewaktu aku sekolah dulu musnah kerana dikalangan ahli tertingginya terdiri daripada kawan-kawan sendiri.

Lipa begitu bersungguh-sungguh untuk menggunakan cara ini. Kerana baginya kawan-kawan la mudah untuk diuruskan. Aku masih was-was dengan cara ini. Tetapi disebabkan pilihan ramai, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Jam ditangan telah menunjukkan pukul 6.00 petang. Aku dah tidak senang duduk. Aku sudah lama tidak bermain bola sepak. Jadi aku ingin meminta diri dahulu. Namun mereka semua tidak memberikan kebenaran. Alasannya, aku bakal pres. Aku membatalkan niat aku itu untuk pergi ke sana. Hati aku masih teringat dekat padang.

“ Id, hang nak pilih sapa lagi jadi orang-orang hang?” tanya Lipa.

“ Tak tau la Li, aku pun tak tau nak bagi sapa. Ikut hang la. Mana yang hang rasa boleh,” jawab aku.

“ Takkan aku yang nak decide? Yang nak bekerja dengan depa hang, bukan aku,” tambah Lipa.

“ Em…” mampu terdiam.

“ Kalu aku ambil Dif dan Dauf jadi timbalan hang nak tak? Aku rasa depa layak untuk jadi timbalan hang. Lagi pun Dif kan MTM Kolej,” cuma hendak meyakinkan aku. Setelah lama berbincang, akhirnya, perbincangan ini telah mencapai kata putus. Dalam hati, “ Ah…lega dah habis. Kalau tidak berjanggut aku kena tunggu.” Maka aku pun balik ke bilik.

PERHATIAN!!

MESYUARAT AGUNG KMBF AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 28 JANUARI 2008 (JUMAAT)

MASA: 8.30 MALAM

TEMPAT: DEWAN AB`AZ, KMBF

MAHASISWA BARU DIWAJIBKAN HADIR DAN MAHASISWA LAMA AMAT DIALU-ALUKAN.

MAKANAN DAN MERIT AKAN DIBERIKAN.

Poster AGM telah dinaikkan. Aku perhatikan gelagat rakan-rakan aku yang lain apabila melihat poster tersebut. Ada yang menyatakan tidak akan hadir. Biarkanlah mereka. Tidak boleh dipaksa. Nanti lain pula jadinya. Tetapi ada juga yang bertanyakan mengenainya. Aku hanya menyatakan, “ Kau orang datang saja.”

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku datang dengan simple yang sememangnya gaya aku. Aku hanya memakai t-shirt berkolar, seluar slack dan bersandal. Itulah gaya aku seharian. Aku duduk diluar bersama-sama Naufas, Dauf, Irbas, Dif dan Lipa. Lipa kelam-kabut untuk memastikan kelancaran majlis. Tiba-tiba ada orang memanggil nama aku. aku tercari-cari siapakah geranggan yang memanggil aku. rupa-rupanya Lipa yang memanggil aku. Bersamanya adalah seorang staff dari BHEP yang dikatakan datang memantau setiap AGM yang dijalankan itu. Apa yang sempat aku dengar daripada perbincangan mereka berdua adalah untuk memastikan bahawa tiada pembangkang yang menjadi ajk persatuan ini. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Malas aku nak campur tangan. Selepas itu semua mahasiswa masuk ke dalam dewan tersebut. Aku pun masuk juga. Aku buat biasa saja. Sesi pemilihan calon telah bermula. Undian dibuat. Selepas undian dibuat, Lipa dengan ajk-ajknya telah keluar sebentar untuk memulakan komplot mereka untuk menaikkan aku. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemilihan ini. Seperti ada yang tidak puas hati saja. Namun aku hanya mendiamkan diri.

Lipa masuk bersama-sama dengan keputusan siapakah yang akan naik menggantikannya. Seperti dirancangkan, nama yang telah Lipa pilih itu, menjadi ajk yang baru. Namun aku dapat lihat ada seseorang yang begitu tidak puas hati dengan pemilihan ini. Tetapi aku seperti biasa buat tidak tahu saja. Selepas pengumuman calon-calon yang menang, aku lihat seorang hamba ALLAH ini yang jarang datang ke aktiviti fakulti terus balik dengan muka tidak puas hati. Dalam hati aku berkata, “ Biarkanlah dengan dia, berlagak sangat.”

Hari demi hari aku menjalankan tugas aku sebagai pemimpin. Masalah yang pernah aku terfikir dahulu jika ajk aku adalah terdiri dari rakan-rakan mula timbul. Hubungan semakin renggang. Masing-masing hendak mencari salah masing-masing. Masing-masing hendak menjatuhkan antara satu sama lain. Ada sahaja yang tidak kena. Masing-masing hendak menunjukkan kepala batu masing-masing. Aku tidak mahu tegur lagi kerana mereka adalah kawan aku sendiri.

Perkara seperti ini menjadi runcing apabila berlaku satu masalah yang menyebabkan persatuan ini digantung selama setahun. Semuanya menuding jari terhadap aku kerana aku tidak menghadiri bengkel yang dijalankan ketika cuti. Aku cuba untuk menerangkan perkara sebenarnya, “ Bukan salah saya, memang saya tahu yang ada program ni. Tetapi saya telah menghantar setiausaha kita pergi sana. Saya dah bagitau dia yang saya tidak dapat hadir kerana pada masa cuti itu, saya kena balik untuk melakukan perjumpaan dengan doktor. Saya ada masalah dengan lutut saya.” Namun mereka semua tidak dapat menerima semua itu. Mereka masih mahu menyalahkan aku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Hati aku berbara dengan kenyataan yang dilakukan oleh mereka. Mereka seolah-olah menyalahkan hubungan aku dengan tunang aku. Bagi aku, hubungan aku dengan tunang aku tiada kaitan dengan perkara ini. Aku merendahkan ego aku sebagai seorang lelaki dengan meminta maaf terhadap perkara yang berlaku.

Perkara ini sampai ke pengetahuan seorang lelaki yang sememangnya tidak pernah puas hati dengan aku. Pelbagai cara yang digunakan untuk menjatuhkan aku. Ada saja perkara yang aku buat tidak kena. Sehingga ajk aku pun termakan dengan kata-katanya. Aku masih teringat, dia ada datang berumpa dengan aku. dia menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadapa aku. Baginya, aku tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin. “ Aku sebenarnya tidak mahu jadi ajk persatuan ini adalah kerana kau yang menjadi ketua. Aku tak yakin dengan kau. Aku rasa, aku lebih hebat dari kau. Banyak pengalaman aku. banyak perkara yang aku dah handle. Kau apa yang ada?,” katanya. Aku membalas, “ Kau kata tak yakin dengan aku. kenapa masa aku suruh kau menjadi ajk aku, kau tak nak jadi? Siap ugut aku hendak tumbuk aku jika aku mencalonkan kau. Sekarang kau hendak salahkan aku pula. Apa masalah kau sebenarnya?” tanya aku. “ Aku tau yang perlantikkan kau bukan kerana undiankan? Aku sendiri nampak senarai nama yang akan naik dari Lipa. So, aku tak puas hati dengan perlantikkan kau. Aku lebih layak dari kau,” katanya lagi. “ Aku datang ini, hendak mencabar kau. Aku hendak merebut jawatan kau. Aku hendak bertarung dengan kau bagi merebut jawatan ini. Aku yakin aku akan menang sekarang. Semua kawan-kawan kita menyebelahi aku. Kau setuju tak?,” tambahnya lagi. Jawap aku dengan mudah, “ Aku tidak akan melepaskan jawatan aku ni. Apabila orang dah lantika aku, aku akan cuba sedaya upaya. Walaupun ada yang cube hendak menjatuhkan aku. aku tahu sekarang dimata orang aku jahat dan kau yang baik. Kau boleh meracun pemikiran orang lain demi kepentingan kau. Tetapi aku tetap tidak akan tunduk dengan cara busuk kau ni.”

Perkara ini berlanjutan selama satu semester. Apa saja yang aku buat, ada saja yang di pandang rendah. Aku tetap meneruskan dengan tugas aku sebagai pemimpin. Nama aku diburuk-burukkan oleh kawan-kawan aku. Pelbagai kata sinis dilemparkan. Tetapi aku tetap menempuhinya. Bagi aku itu semua dugaan dalam kehidupan yang harus aku tempuhi walaupun perit apabila ada kawan yang makan kawan. Hanya kekasih hati sebagai penguat semangat.

salahkah aku???


Bertemankan kedinginan malam yang ceria dengan kerdipan bintang di langit yang sdang rancak bermain. Malam itu menenangkan diri aku yang begitu kusut. Aku berasa seperti burung yang terlepas dari sangkar. Dari kamar, aku melihat kenderaan lalu lalang dan juga pelajar keluar masuk dari kolej kediaman aku itu.

Tiba-tiba, aku menjadi hiba apabila terkenangkan kedua-dua orang tua aku yang berada di kampung. “Mengapa mereka sanggup buat sedemikian rupa terhadap aku? Bukannya orang lain, anaknya sendiri,” berfikir seketika. “Apakah salah aku!!” suara kecil.

“Ala, belajar tinggi pun tak kemana juga…” perli ayah. “Umur macam kau ni sepatutnya dan berkahwin tau! Umur kau pun bukannya semakin muda,” emak menambah. Itulah antara kata-kata yang dikeluarkan mereka terhadap aku.

“Aku tidak mengerti mengapa mereka sanggup berbuat demikina terhadapa aku. Padahal aku ini anak mereka juga, darah daging mereka juga.” Aku seperti berada di awangan apabila memikirkan tentang perkara tersebut.

“Ayu!...,” Hasmin menyedarkan aku dari lamunan. Aku terkejut dengan cara yang digunakan oleh Min tadi. “Apa yang kau termenungkan tu Ayu? Ingat kat seseorang eh?,” tanya Hasmin. Aku hanya membisu sahaja. Kerana aku tidak mahu perkara peribadi aku diketahui orang.

“Kenapa ni? Cerita la kat aku, aku tak suka melihat muka masam macam cuka. Buruk rupanya,” cuba mengorek rahsia. “Tak da apa-apa la. Aku ok je. Cuma ada benda yang aku tengah fikirkan ni,” terang aku.

Hasmin merupakan kawan aku sejak aku mengambil diploma lagi. Dia antara orang yang paling rapat dengan aku. Dan dia jugalah yang banyak membantu aku ketika aku menghadapi sebarang masalah. Kami banyak berkongsi tentang suka-duka kehidupan yang adakalanya pahit untuk ditelan. Tetapi aku masih tidak pernah percaya untuk menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga aku kepadanya. Bagi aku biarkanlah aku menyelesaikannya sendiri.

Hari demi hari aku menghadapi hari yang cukup menyeksakan hati. Adakalanya aku rasa seperti tidak mahu lagi hidup dimuka bumi ini. Baik aku mati dari hidup sebegini. Mana tidaknya segala yang aku lakukan tidak pernah dihargai. Pemberian ku sentiasa disbanding-bandingkan dengan adik-beradik aku yang lain. Seperti tiada nilai hasil pemberian aku itu.

Aku masih ingat lagi sewaktu aku lepasan diploma. Aku pernah bekerja sebagai kerani di sebuah firma kerajaan. Ketika itu, gaji aku tidaklah seberapa sangat. Aku telah membelikan sesuatu kepada ibu dan ayah, yang pada pengamatan aku sememangnya cukup bernilai walapun dari segi harganya tidaklah mahal sangat. Mereka hanya memperlekeh-lekehkan barang yang aku berikan itu. “ Apa la yang kau belikan ini? Tak da nilai langsung! Macam beli dekat pasar malam je,” perli emak. “ Kau tengok abang kau, selalu belikan aku dan ayah kau barang-barang yang bernilai, berkualiti. Mana main beli dekat pasar malam,” kata emak. “ Abang dan akak lain mak. Mereka tu pensyarah, duit masuk banyak,” balas aku. “ Ah… itu semua alasan belaka,” dengan nada marah. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

Waktu hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu macam mana perasaan aku bila orang yang aku hormati berkata demikian terhadap aku. Kadang-kadang aku terfikir adakah aku ini tidak bernilai terhadap mereka? Ataupun adakah aku ini bukan anak mereka? Semua perbuatan aku tidak diterima dan dihina. Bila difikirkan tentang dosa sekiranya aku menderhaka terhadap mereka yang membesarkan aku, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Itu yang termampu aku lakukan. Begitulah hari demi hari aku terpaksa memendam rasa dengan perbuatan mereka terhadap aku.

“ Iskh budak ini, apa yang kau sedang fikirkan tu?” tanya Min.

“ Apabila aku tanya tidak hendak jawab! Tapi dok termenung sana, termenung sini!” Min dah mula membebel.

“ Dah-dah tak payah nak membebel kat aku. Tak larat nak dengar tazkirah selepas Isyak,” kata aku cuba hendak menghentikan bebelan Min.

Min terus diam bila aku berkata demikian terhadapnya. Dalam hati aku berkata, “ Macam mak nenek….” Ada saja perkara yang dia akan bebelkan jika ada yang tidak kena. Sekali fikir bagus juga ada kawan seperti dia. Saling ingat-mengingati.

Sebenarnya aku perlukan seseorang yang dapat menjadi pendengar setia aku. Kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress aku ini. Perkara ini aku baca dalam sebuah buku motivasi yang dikeluarkan oleh penceramah yang terkenal. Jadi berdasarkan apa yang dikatakan itu, aku cuba hendak mempraktikkannya, tapi aku tidak tahu hendak cerita macam mana kepada Hasmin. Apa pula persepsi dia terhadap keluarga aku? Dulu kalau dekat rumah aku ada kakak yang memahami aku. Dialah yang banyak memberi pendorong kepada aku. Dia banyak membantu aku dari segi kewangan sekiranya aku tidak cukup wang. Hendak mintak dekat mak, mesti dia akan beleter kepada aku. Tidak apalah, aku malas menyusahkan mereka. Cukuplah apa yang mereka kata terhadap aku jika aku balik ke rumah. aku dah malas hendak menyusahkan mereka.

“ Esok kau tak keja ke? Ke kau nak rehat? Aku tengok kau ni selalu kerja. Jarang kau ambik cuti. Kenapa eh?” tanya Min. “ Saja…aku perlukan duit. Mana cukup duit yang kita dapat ni,” kata aku. Inilah rutin harian aku jika tidak ada kelas. Aku ada buat part-time. Sedikit sebanyak dapatlah menampung perbelanjaan aku ketika di universiti. “ Min…,” aku memanggilnya. “ Ada apa?” tanya Min. “ Emmm…tidak ada apa-apa la…,” balas aku.

“ Titt…titt…” telefon bimbit aku berdering. “ Hello, nak bercakap dengan siapa?” tanya aku.

“ Nak bercakap dengan Ayu.”

“Ayu bercakap ni.”

“ Siapa disana?”

“ Takkan dah lupa tunang sendiri?...”

“Oh, abang…”

“ Kenapa bang?” tanya aku.

“ Boleh tak kita jumpa esok?”

“ Boleh…tapi kenapa? Macam ada perkara penting saja?” tanya aku lagi.

“ Eemmm….esok kita jumpa dekat KLCC.” kata Man.

Aku dia membuatkan aku tertanya-tanya. Aku dapat merasakan seperti ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan tunang aku itu.

Keesokkannya aku pergi berjumpa dengan dia di KLCC. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Aku cuba buang perasaan syak wasangka itu. Aku begitu gembira. Pada mulanya, dia seperti kelihatan begitu gembira juga. Tetapi tiba-tiba riak wajahnya telah berubah secara mendadak. Dia hanya tunduk. “Abang, nape ni?” tanya aku. “ Tidak ada apa,” jawabnya.

Tetiba dia mengeluarkan kata-kata yang membuatkan hati aku hancur berkecai. Aku seperti mahu pitam apabila mendengar kata-kata dari orang yang aku paling sayang.

“ Kita sudah tidak sehaluan lagi. Dan abang bukan lagi tunang ayu,” nada rendah.

“ Kenapa bang? Kenapa?... ”. Dia hanya mendiamkan diri.

Aku sudah menjangka pasti ada perkara yang tidak kena dengan hubungan kami. Kalau tidak masakan dia akan datang dari Johor semata-mata hendak berjumpa aku.

“ Abang sebenarnya tidak suka ayu menyambung pelajaran. Ayu pun tahu yang kita sudah berkawan sejak 11 tahun yang lalu. Kita sudah bertunang 3 tahun Ayu. 3 tahun! Bukannya 3 hari. Sampai bila harus abang menunggu?” Man meluahkan rasa hatinya. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Aku tidak tahu mengapa semua seperti tidak mahu menerima bahawa aku mahu belajar lagi. Zaman sekarang kalau dengan diploma, ibarat kerja dengan menggunakan STPM sahaja. Gaji pun rendah.

Tapi aku tidak boleh hendak kata apa-apa. Hanya mampu berdiam diri sahaja. “ Cuma Ayu harap abang akan bahagia bersama dengan pilihan hati abang dengan family abang tu,” nada sedih.

Aku terus balik. Hati aku cukup terluka dengan apa yang dia buat pada aku. Tetapi inilah nasib aku. Semuanya kerana aku menyambung pelajaran.

Apa pun yang terjadi aku mesti teruskan hidup ini. Aku hanya mampu berdoa agar kedua orang tua ku akan berubah, dan dapat menerima yang aku ingin belajar. Pasal hati, biarkanlah dahulu. Aku yakin kalau dah jodoh tidak akan ke mana. Cuma buat masa ini, kau hendak member sepenuh tumpuan kepada pelajaran aku. Bagi Rahman, aku doakan dia akan bahagia dengan pilihannya walaupun hati aku terluka dengan perbuatannya.

@ALAMMAYA@


304, BLOK L1, KOLEJ 12

23 FEBRUARI 2008

8.50 MALAM

Delima seorang gadis


“ Ah, malas aku nak fikirkan!” mengeluh berseorangan. “ Kenapa semua nak paksa aku ni? Aku dah besar, pandai la aku nak fikir “, mengeluh lagi memikirkan mengenai jodohnya sendiri. Sikap ibu bapanya yang terlalu memilih soal jodoh dan ketidaksabaran ibu bapanya menerima menantu menyebabkan dia tersepit antara cinta dan keluarga.

“ Tring…tring! Tring…tring!”, telefon berdering. “ Assalammualaikum, hendak bercakap dengan siapa?” Tanya Lisa. “ Mak ni. Ayah kau suruh kau balik segera. Katanya ada benda yang hendak dibincangkan,” pesan mak. Aku seperti terawang-awangan kerana tiba-tiba menerima panggilan dari rumah yang menyatakan aku kena balik segera. Seperti terdapat sesuatu yang begitu penting ingin dibincangkan. Masih banyak kerja aku yang belum siap. Mesti tidak dapat cuti. Aku membiarkan sahaja persoalan yang timbul begitu saja, sambil jari jemari aku ligat melipat kain.

“ Hello bos, saya ni Lisa. Saya hendak memohon cuti selama dua hari boleh tak?” permintaan Lisa. “ Awak hendak kemana? Buat apa awak cuti lama-lama?” persoalan yang ditimbulkan oleh En. Rahim. “ Saya hendak balik rumak kejap. Emak saya call tadi. Ada hal keluarga.” “ Baiklah, saya luluskan cuti awk,” dengan nada yang tegas. “ Terima kasih bos. Ni yang sayang kat bos ni. Nanti saya bawa ole-ole kat bos ok?” dengan nada girang.

Aku seperti berat hendak pulang ke rumah. Seperti ada sesuatu yang hendak di bincangkan. Persoalan terus berlegar-legar di benak fikiran aku. Disamping itu tangan aku terus mengemas baju sambil diperhatikan oleh housemate aku. Dia seolah-olah bingung dengan tindak-tanduk aku. “ Kenapa dengan kau ni Lisa? Kau hendak kemana ni? Kelam kabut je kau mengemas baju tu?” tanya Leha. Aku hanya diam membisu sahaja. “ Malas aku hendak terangkan kenapa. Buat malu je.” Aku hanya mendengus tidak puas hati. “ Aku balik dulu. Tengok-tengok rumah ni waktu aku tidak ada.” pesan ku. Leha menjawab lemah, “ Iye aku tau la. Ni pun rumah aku juga.” Aku terus mengangkat beg baju ke dalam kereta.

Jam di tangan telah menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Aku baru memasuki Lebuh Raya Karak. Keadaan jalan pada masa itu agak lenggang. Hanya bas ekspres yang menjadi teman disamping gelagat pemandu-pemandu bas yang gila-gila. Mereka seperti tidak memikirkan nyawa penumpang yang mereka bawa itu. Aku hanya mengikut sahaja bas itu untuk membuat teman. 8 jam aku memandu seorang diri bertemankan radio dan bas-bas ekspres, akhirnya aku sampai di rumah aku. Aku lihat lampu di ruang tamu rumah aku masih terang.

“ Assalammualaikum, mak! Ooo.. mak! Mak! Orang dah sampai ni,” Lisa mengejutkan emaknya. “ Siapa tu?” tanya emak. “ Lisa ni mak. Orang baru sampai.” “ Oh, kamu! Lambat sampai. Pukul berapa kamu bertolak dari K.L?” tanya emak lagi. “ Orang tolak pukul 10 tadi. Dah kata ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Mujur dapat cuti. Jenuh memujuk bos nak mintak cuti emergency,” mengeluh. Emak hanya mendiamkan diri. “ Sudah-sudah, kamu pergi rehat dulu. Solat dulu,” arah emak. “ Emmm…”

Esok paginya aku seperti berada dalam keadaan separuh sedar. Seperti ada orang yang mengejutkan aku dari tidur. Tidak sempat hendak bermimpi. Mat datang menggerakkan aku dari tidur. Katanya ayah yang suruh gerak. Ada benda yang hendak di bincangkan. Aku pun terus ke bilik air dan bersiap. Lambat-lambat nanti kena marah pula. Nanti tidak pasal-pasal kena tazkirah pula.

Aku terus ke dapur. Ayah sudah ada di meja makan. Along, achik dan ucu menanti di meja makan. Ayah hanya memandang aku. Emak pula sedang menyenduk nasi. Emak hanya mendiamkan diri. “ Ai, macam mana anak dara bangun lewat ni?” dengan nada sinis. Aku hanya mendiamkan diri. Takut aku hendak menjawab. Aku tidak hendak sejarah lampau berulang kembali. Di mana aku di tampar oleh ayah kerana menjawab apabila dia memarahi aku. Silap aku juga kerana menjawab. “ Apa yang di tunggu lagi, makan la. Dah lapar ni,” arah ayah dengan nada tegas.

Sesudah makan, masing-masing berkumpul di depan televisyen. Aku di dapur sedang membasuh pinggan. Terdengar suara ayah memanggil aku. “ Angah…! Ooo angah! Mari sini kejap. Ada perkara yang ayah dan mak hendak bincangkan ni,” ayah memanggil aku. “ Ye…ye kejap,” aku menyahut panggilan itu. Hati aku mula rasa berdebar-debar. Pelbagai persoalan bermain di minda aku. Seperti dapat merasakan ada perkara yang melibatkan diri aku yang ingin dibincangkan. Bila aku bertanyakan perkara ini kepada emak. Emak hanya mendiamkan diri. Bila tanya ucu. Aku pula yang disuruh tanya sendiri pada ayah. “ Hhmmm..”

“ Meh sini kejap,” pelawa ayah. Terus pergi ke sebelah ayah. “ Kenapa ayah? Macam ada sesuatu yang penting je?” kebingunggan. “ Macam ni, Tok Ngah, kawan baik ayah tu…”. “ Kenapa dengan Tok Ngah ayah?” “ Tok Ngah ada menyatakan hajatnya kepada ayah untuk bermenantukan kau.” “ Hah?!” “ Ya, dia hendak menjodohkan kau dengan anaknya Azlan.” terang ayah. Dugaan aku selama ni adalah benar. Mesti perkara berkaitan dengan jodoh antara aku dengan Azlan. Perkara ini sememangnya telah diberitahu oleh emak dahulu lagi. Tetapi aku hanya buat endah tak endah saja.

“ Emmm…” kelu lidah aku. “ Kenapa mesti orang ayah? Orang tak nak kahwin dengan dia tu. Dah la mat rempit. Mesti pernah berfoya-foya dengan perempuan lain. Orang tak nak bersuamikan manusia macam itu,” dengan nada tegas. “ Kan dia tu anak Tok Ngah.” “ Biarkan la dengan dia tu. Peduli apa orang dia anak Tok Ngah ke anak Perdana Menteri ke!” melenting. “ Sudah la tidak bekerja. Hanya mengharapkan duit mak bapa dia saja. Macam tu hendak bela orang? Kirim salam la,” nada bongkak.

Tanpa rasa segan silu dan dengan rasa yakin aku menafikan permintaan keluarga aku untuk menjodohkan aku dengan Azlan yang tidak sedar diri itu. Walaupun perbuatan itu seperti menderhaka kepada perintah ibu bapa, tetapi demi kebahagiaan aku, aku sanggup menentang sekeras-kerasnya. Keadaan menjadi senyap sunyi sebentar. Ayah seperti tidak berpuas hati dengan pandangan aku. Tetapi emak? Dari raut wajahnya terpancar keraguan yang terbuku di dalam hatinya tentang Azlan. Tetapi tidak berani untuk meluahkan. Takut menjadi minyak tanah yang memarakkan api.

Keadaan menjadi tegang semula apabila aku menyatakan bahawa aku telah mempunyai pilihan sendiri iaitu Abdul Rahman. Seorang lelaki yang berasal daripada Pakistan. Merupakan seorang jurutera di temapat aku bekerja. Walaupun dia orang asing di sini, tapi aku menyintainya. Seorang yang bertanggung jawab dan mempunyai pekerjaan bagi membela aku nanti. Bukan seperti Azlan yang tidak bekerja dan menghabiskan duit keluarga saja. Namun Azlan tetap menjadi pilihan.

Masalah ini sampai ke pengetahuan Rahman. Aku terpaksa memberitahunya supaya dia lekas masuk meminang. “ Awak kena cepat jumpa keluarga saya. Saya tak nak orang lain. Saya hendak awak saja,” rayu ku. Rahman seperti cemas apabila mendengar perkara tersebut. Tidak keruan dibuatnya apabila aku meminta dia berbuat demikian. “ Awak biar betul? Takkan la keluarga awak dah menetapkan keputusan itu? Tak boleh jadi ni,” tanya Rahman. Setelah berkata demikian, Rahman terus meletak telefon.

Selepas beberapa hari, aku pulang ke Kuala Lumpur. Hati aku menjadi gundah gulana dengan keputusan yang dibuat walaupun tiada kata putus yang diberikan. Aku jadi lebih banyak termenung. Sehinggakan segala kerja aku tergendala. Sehinggakan suatu ketika aku telah ditegur oelh rakan seruamh dengan aku. pada mulanya aku diam sahaja. Namun setelah di desak beberapa kali aku akhirnya menceritakan perkara sebenar kepada Ana dan Mila. “ Aku bukan apa sebenarnya. Kau pun tahu yang aku dengan Man macam mana? Kau pun tahu perasaan aku terhadap Man macam mana? Tapi bila balik saja ke rumah, family aku beritahu yang mereka hendak menjodohkan aku dengan Azlan. Mat rempit dekat kampung aku,” terang ku. “ Kau tak boleh buat macam tu. Kesian kat keluarga kau. Kau tak rasa menderhaka ke?,” tanya Mila. Mila seolah-olah menyokong perbuatan keluarga aku. “ Eh kau ni. Orang tu tengah susah hati kau nak menyesakkan pemikiran dia pulak. Kalau aku aku sokong dengan perbuatan Lisa tu. Ni bukan soal menderhaka atau kesian… tapi soal hidup bersama untuk masa yang panjang!,” dengan nada tinggi. Mas kelihatan begitu marah dengan kata-kata Mila. Mila hanya diam.

Hari ini genap setahun hubungan aku dengan Rahman. Aku berasa cukup gembira. Hajat dihati untuk mengajak kekasih hati aku itu keluar. Aku cuba untuk menelefonnya tapi... Tiada yang mengangkatnya. Sepuluh kali aku menelefon, masih tiada respon. Telefon bimbit pun tidak diangkat. Sms pun tidak berbalas. Membuatka aku berasa cukup risau. Takut berlaku sesuatu kepada diri Rahman. Aku bergegas ke rumahnya. Apabila sampai di depan rumahnya, aku lihat keadaan rumah seperti sudah tiada orang. Rumah itu sudah dikosongkan. “ Takkan dia sanggup meninggalkan aku?,” hati kecilku berkata. Aku memberi salam beberapa kali. Namun tiada yang menjawab. Tetapi jirannya pula yang menjawab. Jirannya menyatakan bahawa Rahman tidak menetap disitu lagi. Mengikut kata jirannya, Rahman ingin pulang ke kampung halamannya. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang dinyatakan oleh jiran Rahman itu. Aku cuba menajamkan pandangan mata aku ke kawasan sekitar rumah tersebut. Aku ternampak ada sepucuk surat yang tertulis nama aku. Memang benar seperti yang dicakap oleh jirannya. Aku seperti tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. “ Sayang, saya terpaksa berbuat demikian kerana keadaan memaksa. Saya tak sanggup melihat sayang menjadi anak yang derhaka kerana saya. Lagipun saya rasa memang tiada jodoh antara kita. Jadi lebih baik saya yang menarik diri sebelum perkara ini berpanjangan. Akhir kata dari saya, ingat saya dalam doa awak dan saya doakan agar awak bahagia,” antara isi yang terdapat dalam surat tersebut.

Setelah aku membaca surat itu, aku pun bergegas pergi ke KLIA. Tetapi usaha aku untuk berjumpa dengan Rahman buat kali terakhir berkecai apabila aku tidak sempat hendak berjumpa dengannya. Penerbangan ke Lahore sudah berlepas. Hati aku sungguh sedih. Setelah aku berusaha untuknya. Aku menangis teresak-esak di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. “ Rahman…,” teriak ku. Aku menjadi begitu lemah. Seperti tiada semangat untuk berdiri dan meneruskan hidup. Hati aku sudah hancur. Impian aku sudah musnah untuk mendirikan sebuah masjid hasil titik peluh aku.

Aku keluar dari KLIA menuju ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan kesana, aku ternampak kelibat seseorang seperti sedang menanti aku dari jauh. Aku membiarkan saja pada mulanya. Sehingga aku merasakan sesuatu yang mencurigakan. Apa bila aku menoleh ke kanan rupa-rupanya Azlan sedang memandang aku dari tempat aku meletakkan kereta aku itu. Dia kelihatan tenang menanti aku. “ Bila pula mamat ni datang ni?, “ tanya ku di dalam hati. Dia hanya tersenyum. “ Awak ok? Hendak saya hantar awak?,”tanya Azlan. “ Tidak mengapa. Saya boleh pandu sendiri,” jawab ku menolak pelawaannya.

Akhirnya aku berjaya melupakan Rahman walapun terpaksa mengambil masa yang lama dan menanggung kepedihan berseorangan. Tetapi dengan sokongan orang tersayang aku menjadi lebih kuat. Mujurlah suami aku memahami apa yang telah berlaku pada aku pada masa dulu. Azlan pula sekarang sudah berubah. Dia telah bekerja di sebuah syarikat sebagai seorang pengurus. Hidup kami berdua begitu gembira dan mengharapkan ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

@ALAMMAYA@


Wednesday, March 05, 2008

wadah untuk renungan bersama......

Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukan hanya dapat dicapai melalui kelulusan akademik sahaja. Sebaliknya, ia boleh diperoleh di mana-mana sahaja jika ada keinginan beserta semangat dan usaha yang gigih. Setiap laluan dan peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin bagi meraih pengetahuan dan kemahiran untuk bekalan bagi mencapai kejayaan.

****************************************

Nilai keperbadian seseorang manusia harus tahu siapa kita, asal usul kita. Kita harus jadi diri kita, bukan jadi orang lain hanya kerana mahu mencapai cita-cita.

****************************************

HIDUP ini tidak ubah seperti percaturan yang sukar untuk kita telah menang atau kalahnya. Pada satu ketika, kita mungkin diulit bahagia dan pada ketika yang lain, mungkin dugaan mendatangi kita.

****************************************

PEPATAH ada menyebut, jika seseorang diberi seekor ikan, ia hanya dapat dimakan untuk sehari, tetapi jika diberi pancing, ia akan dapat memberi makan untuk seumur hidup. Begitulah realiti kehidupan. Jika hanya diberi bantuan wang, ia akan habis dibelanjakan, tetapi jika diajar sesuatu kemahiran, ia dapat digunakan untuk mencari rezeki. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pendidikan tinggi atau kelayakan untuk mencari pekerjaan tetap dan stabil.

****************************************

Kasih sayang tetap menjadi sebahagian yang penting daripada beberapa elemen utama yang harus dihayati secara bersungguh-sungguh jika kita benar-benar mahu meningkatkan kesihatan mental yang baik.

****************************************

Keperluan terhadap kasih sayang bukan sahaja mendatangkan kesan positif di kalangan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang membawa hingga ke tua dan bukan sahaja di rumah tetapi juga di tempat kerja mahupun di mana-mana sahaja. Kasih sayang tetap menjadi sebahagian yang penting daripada beberapa elemen utama yang harus dihayati secara bersungguh-sungguh jika kita benar-benar mahu meningkatkan kesihatan mental yang baik.

****************************************

Komplikasi hidup yang semakin banyak muncul dalam kehidupan seharian seseorang menyebabkan semakin sukar orang mencapai ketenangan dalam hidupnya. Jiwa yang tenang dan hidup yang tenteram tidak banyak bergantung kepada faktor luaran seperti sosial, ekonomi, politik misalnya tetapi lebih kepada cara dan sikap kita menghadapinya. Segalanya bermula dari rumah anda...

****************************************

GAGAL mencapai tahap membanggakan dalam dunia kerjaya bukanlah suatu bencana, sebaliknya ia menjadi pemangkin kejayaan. Pengalaman mengajar untuk lebih bijak dan matang mengendalikan keadaan. Kita tidak akan mampu menemui kejayaan andai tidak bijak mengawal keadaan

****************************************

Masa dan waktu yang berlalu itu tidak akan kembali dan tidak akan dapat ditukar ganti lagi. Menurut kata para bijak pandai bahawa walaupun setiap hari kita menerima kedatangan fajar baru setiap subuh, tetapi sebenarnya fajar itu memberitahu kepada manusia, bahawa setiap hari ia adalah fajar yang berbeza. Fajar hari yang lalu itu tetap telah pergi dan tidak akan kembali lagi, oleh itu manusia haruslah memanfaatkan kedatangan fajar setiap hari dengan sebaik-baiknya.

****************************************

Kesibukan mengejar kenikmatan hidup di dunia, jangan sesekali lupa mengimbangi diri antara karier dan keluarga.

****************************************

ORANG yang berjaya biasanya orang yang mengutamakan disiplin. Sama ada pemimpin, usahawan dan pelajar semuanya memerlukan disiplin diri untuk berjaya. Tanpa disiplin diri, cita-cita atau wawasan sehebat manapun akan gagal. Dunia hari ini melihat kepada kejayaan dan asas kejayaan itu ialah diri yang kuat.Bak kata pepatah:

`Melentur buluh biar daripada rebung'.

****************************************

``KEKUATAN diri terletak kepada hati dan perasaan, jika kita kuat menghadapinya bermakna apa sahaja yang akan datang akan mudah untuk dilalui,''

****************************************

DIRI seseorang itu boleh berada di luar kawalan akibat rasa marah yang membuak, sakit hati yang sukar dibendung dan perasaan iri yang sukar dibuang. Sikap seumpama itu mampu mencetuskan situasi yang boleh merosakkan fitrah murni seseorang.

*****************************************

Hati ialah hakikat diri seseorang yang sebenar, roh seseorang dan ia mengawal jasad lahir. Niat yang dipasang bukan menjadikan rupa paras sebagai ukuran. Semua ini bergantung kepada hati masing-masing, andai suci hati maka akan lahirkan rasa kasih dan sayang. Kecantikan luaran, dan sokongan dalaman di mana wujudnya hati yang bersih dan ikhlas maka akan terpancar wajah yang cantik. Cantik yang sempurna bukan sahaja cantik di luar tetapi juga cantik di dalam

*****************************************

MENYELAM jauh ke dasaran bermula dari terbentuknya peribadi seorang anak kecil. Kita tidak dapat membetulkan pemikiran masyarakat dengan hanya mengaut di permukaan. Kita perlu mulakan dari rumah, sekolah dan seterusnya. Walaupun begitu, ini hanya boleh dilakukan terhadap anak-anak kecil yang sedang membesar.

*****************************************

ORANG yang pandai bercakap tidak semestinya hebat apabila bercakap. Kadangkala apa yang berlaku adalah sebaliknya. Minda dan kata-kata kita tidak semestinya sehaluan tetapi ia boleh menjadi demikian jika kita mahukannya.

*****************************************

PEPATAH menyebut, adat tersirat dalam sunah, tersurat atas kertas. Sekali alam bertukar musim, adat tidak pernah terpinggir.

*****************************************

Humor adalah satu kualiti yang positif yang boleh membawa imbangan kepada peribadi dan watak manusia. Bukan itu sahaja, sesiapa yang boleh mentertawakan diri sendiri atas humor yang dibuat sendiri atau orang lain adalah satu lagi tambahan kualiti orang itu. Namun batasannya harus ada. Jangan sampai percubaan humor bertukar menjadi tempelak atau insult.

*****************************************

FITRAH manusia lahir ke dunia dengan seribu satu kekurangan, biarpun dicipta dengan sebaik-baik kejadian. Sementara kesempurnaan pula adalah sesuatu yang amat `subjektif' untuk diperkatakan meskipun ramai yang berusaha untuk tampil serba sempurna - zahir mahupun batin.

*****************************************

Fakta kehidupan sejagat bahawa tiada siapa boleh menyebabkan sesuatu musibah yang lebih buruk kepada kita kecuali kita sendiri. Bantuan paling penting yang kita perlukan ada di tangan kita sendiri. Diri sendiri merupakan ejen paling berkesan bagi mendatangkan kebaikan atau keburukan kepada diri kita sendiri lebih daripada orang lain

*****************************************

Tahap pemikiran atau kreativiti bukan hak mana-mana bangsa di dunia ini. Melihat diri kita dari sudut 'manusia' bukannya bangsa. Walaupun masih merangkak, tetapi bila tiap-tiap kali dapat mengatasi sesuatu halangan, itulah kejayaan.

Tidak pernah akur dengan halangan-halangan yang dilemparkan. Tiada sempadan untuk kejayaan. Pengalaman peribadi mengajar setiap perkara ini.

Untuk membebaskan diri dari belenggu kita perlulah berani untuk mengubah haluan kita sendiri. Orang tidak akan memijak kepala kita kalau kita tidak sorongkan kepala kita untuk dipijak. Hanya yang berani boleh menakluk.

*****************************************

Bak kata pepatah, yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Sesungguhnya, mereka yang bijak merancang pada masa yang sama rajin berusaha meningkatkan kemahiran diri, tiada yang mustahil boleh dikecapi.

*****************************************

SESUATU kejayaan itu akan dianggap indah dan cukup bermakna jika ia diusahakan oleh kita sendiri tanpa meminta bantuan atau sokongan daripada pihak lain.

Andainya kita mendapat atau bergantung kepada orang lain untuk menempa kejayaan dan kecemerlangan sudah tentu ia akan dipandang serong dan orang tidak menganggap kejayaan itu sebagai pencapaian tulen. Malah ada potensi untuk diperlekehkan.

*****************************************

SEORANG yang jelas penglihatannya boleh jadi buta kerana dia enggan melihat apa yang dia patut lihat dan hati mereka sudah terkatup rapat, manakala yang buta dapat melihat dengan jelas kerana hati mereka tidak buta seperti pancaindera penglihatan mereka.

Lebih malang ialah mereka yang celik, tetapi yang buta mata dan buta hati berbanding mereka yang benar-benar buta kerana yang buta mata dan buta hati benar-benar tidak berguna kepada siapa sahaja.

Lebih menarik ialah apabila seseorang itu buat-buat buta kerana banyak daripada kita tidak buta, tetapi hanya buat-buat buta. Hanya yang dikhuatiri, apakah satu hari nanti kita benar-benar buta?

· Bicara Hikmah

Masa dan waktu adalah sesuatu yang amat tinggi nilai dan harganya. Orang yang tidak memahami dan tidak mengerti nilai dan harga waktu, pada suatu hari nanti akan menyesal dan berdukacita dengan masa lalu yang telah terlepas dari genggamannya. Orang begini sering menanti dan menangguh-nangguhkan penggunaan waktu. Sesuatu yang boleh dilakukan pada hari ini, akan ditangguhkan pelaksanaannya hingga esok hari. Tugas yang seharusnya dilakukan dengan serta- merta akan ditangguhkannya ke saat yang lain. Dengan itu banyak peluangnya akan terlepas, dan dia akan merasa kesal dengan tindakannya melengah-lengahkan penggunaan waktu.

*******************************************

Perlu dingat, telah menjadi tabiat dunia sesuatu perkara itu kalau dicari atau dikejar, ia akan lari atau lesap di depan mata. Sebagaimana hadis Rasulullah yang antara lain maksudnya, Barangsiapa yang mengejar dunia, dunia akan lari dan barang siapa yang meninggalkan dunia (seadanya) maka dunia akan datang melulut kepada kamu.

*******************************************

RAMADAN yang sedang kita lalui adalah bulan penuh keberkatan. Bulan kebaikan lebih berkat diisi dengan amalan yang baik. Sedekah adalah sifat mulia yang dituntut oleh Islam. Pahala yang berlipat ganda akan diperolehi jika mengamalkan perbuatan ini. Pemberian yang ikhlas dan dilakukan semata-mata kerana Allah adalah inti pati sedekah yang sebenarnya.

Bersedekah kerana mahukan balasan atau sanjungan orang lain adalah sifat yang tidak jujur. Kita harus bersikap sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan marah dan benci kepada orang lain. Ukuran sedekah bukanlah berdasarkan banyak atau sedikit sesuatu yang disedekahkan tetapi keikhlasan adalah penting.

*******************************************

Miskin adalah penyakit. Justeru kita harus berusaha menjauhi daripada lingkaran kemiskinan. Tanpa usaha tentunya tiada hasil yang akan diperoleh. Bahkan ia membawa kepada kerosakan akidah, fikiran, rumah tangga dan keamanan.

*******************************************

RENUNGILAH detik kematian diri kerana itulah saat paling agung dalam hidup. Kala itu, berpasang-pasang mata akan menatap jenazah kita. Pun begitu, kematian merupakan antara empat perkara yang Allah sembunyikan daripada manusia selain rezeki, jodoh dan tanah kubur.

Itulah persoalan yang sering bermain di benak fikiran kita. Sabar dan tabah sebenarnya tidaklah semudah kita mengeluarkan kata-kata. Hanya zikir dan doa mereda jiwa.

********************************************

GULA serawa si daun turi, Buah manggis diikat-ikat. Kawan ketawa mudah dicari, Teman menangis sukar mendapat. Demikian orang dahulu mengungkap erti sahabat. Mencari sahabat sejati umpama memilih berlian di dalam timbunan kaca. Perlu berhati-hati agar kaca tidak tertusuk jari. Andai tersilap, jari pasti luka dan parutnya akan berkesan selama-lamanya.

Memang bertuah jika kita ada sahabat sejati kerana dia umpama pohon yang rendang, tempat kita berpaut kala kesedihan dan tempat berteduh kala kesusahan.

********************************************

AMANAH dan JUJUR adalah elemen yang menentukan kejayaan kita dalam apa juga bidang yang diceburi. Berhati hati dengan gerak langkah orang yang berada di sekeliling kita. Tidak semua daripada kita mampu membaca gerak hati orang lain.

*********************************************

Dua bentuk kasih sayang yang akan menimbulkan sedikit masalah sekiranya tidak dikawal iaitu memberi apa sahaja mengikut kehendak dan keinginan tanpa ada sebarang batasan. Manakala yang kedua, ibu bapa yang terlalu mengongkong anak-anak. Setiap benih kasih sayang yang disemai dihati anak-anak sejak kecil pasti akan membuahkan hasil

*********************************************

SEORANG tua yang merajuk kerana berjauh hati dengan anak cucu pernah berkata, ``orang tua seperti al-Quran buruk, dibaca tidak boleh, dibuang berdosa.'' Kata-kata itu mengusik hati kerana mahu atau tidak, kita semua pasti dimamah usia. Tua bukanlah satu masalah besar atau igauan ngeri yang menakutkan. Tua hadir selepas muda, bermakna ia merupakan pusingan hayat semulajadi. Benar tubuh tua kita semakin sukar untuk bergerak aktif tetapi buah fikiran sentiasa aktif dan dapat dimanfaatkan

*********************************************

SEDEKAH amat dituntut dalam Islam. Di samping dapat membantu golongan memerlukan, sedekah menginsafkan manusia bahawa kekayaan Allah di bumi ini untuk dikongsi bersama. Fadilat bersedekah meliputi dunia dan akhirat. Bahkan, Allah s.w.t menjanjikan ganjaran dunia kepada mereka yang pemurah seperti dimurahkan rezeki, menolak bencana, memanjangkan umur, mencegah kematian yang buruk dan menghapuskan dosa.

Monday, March 03, 2008

SKRIP drama "DoSa PeJuAnG"

Dosa Pejuang

Para Pelakon

Kariman (Tokoh pejuang tua)

Rizman (Wartawan)

Satiamah

Tirai dibuka. Kedengaran bunyi guruh berdentuman serta disusuli oleh bunyi rintikan hujan yang berlatarkan di satu sudut rumah usang (ruang tamu). Kelihatan sekeping papan di atas akhbar-akhbar buruk, dua tempayan besar di tepi tingkap.

( Kariman menutup tingkap dan meletakkan papan di atas akhbar buruk yang tersusun antara dua tempayan besar. Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh berdentum).

Kariman: Oppocot!!! (terkejut)

( Dua biji botol kosong tiba- tiba jatuh, lalu diangkat dan dibariskannya di sisi deretan tin-tin buruk).

( Rizman datang)

Kariman: ( Duduk sambil minum teh dan makan kerepek di sisi pelita yang

sebahagiannya diadangi sekeping kadbod)

Rizman: ( Monolog) ‘ Lelaki berusia 60-an biasanya sudah luntur’.

Rizman: Assalammualaikum… ( buka kasut kemudian berhenti di atas anak tangga dan

menggelap badan dan rambut yang basah kuyup)

( bunyi guruh berdentum)

Rizman: Apa tu?! (terkejut melihat tikus yang berlari di celah- celah botol dan tin,

dikejar kucing putih yang melanggar botol-botol yang menghalang).

Kariman: Waalaikummussalam… (melihat Rizman mengesat kaki dan rambutnya

dengan tuala kecilnya sendiri)

Rizman: ( Menggalas beg hijau kecil berisi alat perakam, buku catatan, pena ball- point,

gula-gula, Aspro, novel klasik dan seberkas kunci)

Kariman: (monolog) ‘ Anak muda ini cukup bersedia’ (menggeleng-gelengkan kepala).

Rizman: ( menuang teh dari cerek comel sambil memerhatikan Kariman yang sedang

berkhayal).

( monolog) ‘ Orang tua begitu memang selalu suka menguji dan mengukur’

( monolog) ‘ Kariman baik orangnya. Dahinya yang luas, rambut lebatnya yang

sebahagiannya masih hitam dan keningnya yang tebal

membayangkan hemah dan azamnya. Kekalutan lama tentunya

yang lebih banyak memenjarakannya. Dia cuma perahsia. Ini hak

setiap manusia’.

( meneguk teh dan menelan Aspro)

Kariman: Kau sakit?

Rizman: Tidak… ‘ cuma bersedia’ (bersin)

(mereka berbalas senyuman)

Kariman: Kau anak yang cekal ( sambil gulung rokok). Sebenarnya aku tidak tahu

mengapa aku perlu menceritakan segalanya kepada kau.

Rizman: Tidak payah kalau…

Kariman: Ya, tidak payah…itulah yang kau ulang-ulang. Tapi, kau mendesak juga

dengan caramu ( menghisap rokok dalam-dalam)

Rizman: Maafkan saya kalau…

Kariman: Apa yang kau ingin tahu lagi?

( lampu padam, tirai di tutup)

Babak 2

Tirai di buka. Lampu dinyalakan. Beberapa orang berlari ke longkang atau ke kubur di belakang masjid

Kariman: ( Menyorong nenek Chow Wah ke shelter di sisi longkang. Kemudian dia

mendukung dua orang anak Satiamah berlindung di sekitar kawasan kubur).

Satiamah: ( Mencangkuk lengan Kariman)

Kariman: ( Mengangkat peti khususnya untuk di sorokkan di belakang timbunan

akhbar dan longgokkan tali).

( Bunyi siulan syel dan bom meletup)

( Monolog) ‘ Bila perang akan berakhir’

( Duduk di tepi akhbar, terasa gegaran dan kedengaran susulan siulan syel).

Lebih dua tahun Jepun menduduki Malaya. (nada garang, cekal dan menggugat)

Kariman: Ke mana suami kau menghilang, Sia? Di saat kau dan anak- anak kau

perlukannya…(diam sebentar) di manakah dia? Dimanakah tanggungjawabnya?

( mengeluh)

Satiamah: ( Menghulurkan anaknya kepada Kariman sambil pegang tangan Kariman)

Abang Kar fikir Lahmuddin tinggalkan Sia anak- beranak?

( Letupan bom kedengaran)

Kariman: Aku tak tahu. Dia suami kau…(cuba melepaskan cangkukan jari wanita itu)

Satiamah: Sia tak pernah tahu Lahmuddin. Entah hidup, entah mati.

Kariman: Tak tahu? Tak pernah tahu?( membeliakkan biji matanya, kehairanan).

Aik, sudah tiga orang anak kau bersama Lahmuddin, kau tak tahu juga? Pelik sungguh.

Satiamah: ( Menangis teresak- esak). Sia tak tahu! Tak tahu!!

( Lampu di padam, tirai ditutup)

Babak 3

Tirai dibuka, lampu dipasang. Kilat semakin erap dan guruh lebih berang.

Rizman: Aaaa….(terkejut ternampak tikus mencelah sebelum pelita terpadam)

(pentas gelap seketika)

(kucing duduk mengenyit-ngeyit dihujung kaki Kariman)

Kariman: Hmmmm…malas aku nak pasang. Biarkan je…(membiarkan api pelita terpadam sebelum memasangnya)

(pentas separuh terang)

Rizman: (sedang membanyangkan sesuatu)

(monolog) ada kalutan hati nurani, ada ujian hawa nafsu, ada sorokan rahsia, ada dendam peribadi dan ada upaya memerdekakan Malaya. Sudah lebih tujuh kali bertanya tentang Lahmuddin, ternyata Kariman seperti sengaja mengelak. Bertanya tentang Sotifah- kesannya semakin rahsia. Bagaimana dengan peti khusus yang sengaja disembunyikan itu?

(menambah teh dan hirup sekali dua)

(monolog) Apa yang dikatakan oleh orang tua tu?

(guruh dan kilat menyentak tajam)

Kariman: (seperti tergelongsor daripada realiti atau kehadirannya yang tidak dapat dikesan)

Apa yang kau tengok-tengok,hah?!

Kenapa kau hendak tahu semuanya? Kenapa??

Rizman: (khusyuk mendengar apa yang di ucapkan oleh Kariman)

Kariman: ‘Tengku Derus tidak berhak di sini. Tengku Maimunah perlu disingkirkan.’ (terkemam)

(suara terpecah dua atau tiga)

‘Mereka tidak berhak. Berapa kali sudah aku katakan. Tengku Yadi masih juga ingin pertahankan, aku keluar daripada kumpulan ini.’

(hujan lebih lebat, kilat dan guruh semakin kasar dan pelita terpadam lagi)

Rizman: (buat tak tahu)

(enggan kehilangan suara yang sedang bersambung dan mula bermakna)

(monolog) ‘Aku rasa akan mendapat sesuatu yang lebih berisi atau yang lebih rahsia.’(mendengar denga cermat agak lama)

(kilat sambung menyambung)

Rizman: Ya ALLAH!!...Pakcik, kenapa ini? (terlihat Kariman tersungkur di sisi pelita)

(segera mencari mancis dan menyalakan pelita)

Pak cik, bangun pakcik!!... Pak cik! (orang tua otu sedang mengigil dan tersentak-sentak dengan mata yang sebentar-sebentar terbeliak)

(lampu dipadam, tirai ditutup)

Babak 4

Tirai dibuka, lampu dipasang. Nenek Chow Wah mati petang itu. Suniya, Nahapan, Srivedi dan Lik Lik berlari dibelakang wanita tua itu. Bom jatuh disekitar dan mereka terjahut serta merta.

Chow Wah: Nenek, bangun nek!! Bangun nenek! Jangan tinggalkan saya!...

(Kariman datang dari belakang sambil mendukung dua orang anak Satiamah, dan melihat orang tua iotu mati tersenyum)

Kariaman: Ah Wah, lari cepat! Kita sembunyi dahulu! Cepat!!!(mengajak Chow Wah)

(deruan bom semakin garang)

Chow Wah: Tak nak!!aku rela mati bersama nenek...nenek! (berdiri tepat dijatuhi bom dan segalanya meledak, penuh asap dan debu yang kacau)

Kariman: (terpaku kerana sebaik-baik semuanya reda dan tenang, ternampak Lik Lik bangun sambil meraung, kemudian tumbang)

(sukar terima kenyataan)

(monolog) akan didatangi semula keluarga Chow Wah dari Ipoh dua tiga hari lagi untuk menghadiri upacara pengebumian seorang pak cik. Betapa penerimaan mereka nanti apabila terpaksa menyambut kematian yang bersambutan?

‘ Mengapa suamimu tak juga pulang-pulang, Sia?’ (duduk menemani wanita itu bersama tiga orang anaknya di tengah-tengah ganguan bom dari B-29.)

Satiamah: ‘ Sia tak peduli!’

Kariman: ‘ Tak peduli? Dalam perang- perang begini, kau tak peduli.’ (kehairanan)

Satiamah: ‘ Dia tak peduli Sia dan Sia pun tak mahu peduli.’ (lambat-lambat)

Kariman: ‘Kau tak tercium sekarang ada bahaya lebih besar bukan sahaja dari udara?’

Satiamah: (mencium anaknya dan menoleh ke arah Kariman)

Kariman: (nada marah) ‘ Aku kata kau tak tercium bahaya?’ (menarik bahu Sia)

Satiamah: (menangis)

Kariman: (tergamam)

Satiamah: ‘ Sia tak peduli kalau Lahmuddin tak balik lagi. Abang Kar ada di sini.’

Kariman: (monolog) Abang Kar ada di sini, benar. Tapi, aku punya tanggungjawab besar, kepada keluarga, kepada masjid, kepada...’

(serasa sungutan Satiamah) (monolog) ‘ Adakah tangungjawab ke atas wanita malang

seperti saya dengan tiga orang anak yang tersia-sia ini tidak besar?’

(lampu dipadamkan, tirai ditutup)

Babak 5

Lampu dipasang dan tirai di buka. Enam orang berkumpul di gubuk jauh di belakang kawasan masjid dan kubur. Senyap beberapa saat kerana terdengar kersik tapak kaki manusia. Dua orang memegang parang dan seorang memegang kapak.

Tengku Yadi: (berjalan) Eheeem....ehem....(menyuluh muka seketika dan memperkenalkan dehemnya) Ni aku la....Tengku Yadi...

(mereka bermesyuarat)

(terdiam seketika kerana terdengar kersik tspsk kaki lain)

Dasimun: (menyuluh mukanya sekerlip). Aku ni, Dasimun...(nada perlahan)

(pertemuan rahsia malam itu berlangsung dalam cemas- ada ketikanya- dalam suasana panas tuduh menuduh. Baik Tengku Yadi mahupun Kariman sendiri, tidak dapat lagi mengawal atau mententeramkan suasana kerana ramai yang percaya bahawa dua rancangan mereka yang lalu secara mendadak telah diketahui Jepun dan hampir dua ratus orang telah diserkap hanya dalam satu malam di tengah-tengah sergahan bom British.)

Tengku Yadi: ‘ Sejarah perjuangan bangsa kita masih terlalu muda, apalagi kini kita menghadapi musuh yang lebih bertenaga dan kasar.’

‘Barangkali saya tidak diterima kerana saya dari golongan bangsawan. Tapi, percayalah...’

Dasimun: ‘Banyak penderhakaan dalam perjuangan bangsa memang dilakukan oleh golongan bangsawan.’...(tidak berselindung)

Kariman:‘Nanti dulu, jangan terburu-buru’...(cuba menenangkan keadaan)

(suasana bertambah menggelak dan mesyuarat terpaksa dihentikan mengejut apakala siulan bom mula kedengaran bertalu-talu, sementara tidak berapa jauh kedengaran suara sojar Jepun mangarah dan mengerah sesuatu sekasar mungkin)

(Dasimun dan dua orang lagi ditangkap)

(Sojar Jepun sempat berlegar-legar di sekitar masjid memerhatikan Kariman pada waktu subuh, dan mendatanginya bertanya sesuatu; kemudian meninggalkannya begitu saja.

Kariman: (Nampak Satiamah dan anak-anak duduk menunggu di pintu belakang masjid dan menangis teresak-esak) ‘Mengapa Sia? Mengapa kau menangis?’

Satiamah: ‘Saya takut Abang Kar pula di tangkap’...(bangun mendapatkan Kariman)

Kariman: ‘Kau jangan menyulitkan keadaanku, Sia.’ (mengeluh)

Satiamah: ‘Kasihanilah Sia, Abang Kar. Tiga orang anak saya ini memerlukan kasih sayang juga.’ (menggenggam tangan Kariman)

Kariman: (Melepaskan genggaman Satiamah lalu pergi semula ke kolam dan mengambil wuduk)

Satiamah: (bersama anak-anaknya menunggu dan memerhatikan Kariman yang sedang sembahyang.)

(Lampu dipadam dan tirai ditutup)

Babak 6

Tirai dibuka dan lampu dipasang. Rizman sangkut pelita di tiang yang biasa, kemudian mengambil cerek camel dan ke dapur. Suasana tenang dan bunyi cengkerik mula keras, bunyi katak, hujan sudah mula berhenti. Rizman menghidupkan dapur, mengisi air dan menjerangnya.

Rizman: (Berdiri menghadap api, terbayang semula apa yang telah dirakam dan dicatatnya.)

(Monolog) ‘ Aku rasa, aku tahu beberapa rahsia termasuk rahsia kubur beramai-ramai itu’

(Monolog) ‘Orang tua ini memang terlalu menderita’ (merasa bersalah)

(Monolog) ‘Pembimbing tesis aku kata bahawa tugasnya khusus untuk mengetahui apakah yang sebanarnya berlaku dalam komplot perjuangan kemerdekaan unutk membebaskan Malaya dan menyatukan dengan Indonesia.’

‘Kenapa aku tidak terfikir, dalam penyelongkarannya itu ada cerita lain yang menyangkut diri, turut menyangkut kumpulan kemerdekaan itu juga? Sekarang baru aku tahu ada kubur beramai-ramai, tapi kat mana? Cuma orang tua ni je yang tahu.’

(Menunggu di hadapan dapur agak lama sehingga cerek air itu mendidih semula dan asapnya bertunda keras. Kemidiannya mengangkat cerek itu, menuang isinya ke dalam cerek kecil dam membuat teh.)

Rizman: (Menghirup teh, menunggu Kariman terjaga)

(Monolog) ‘Selepas isyak nanti, barangkali aku boleh terus bertanya tentang peranan sebenar Tengku Yadi, Dasimun dan Imran Kadiro.

(Merenung wajah Kariman)

(Monolog) ‘Apakah wajar juga aku bertanya apa yang terjadi pada Satiamah dan anak- anaknya? Dia seperti ternampak Lahmuddin bercekak pingggang sambil ketawa!’

(Lampu dipadam dan tirai ditutup)