Tuesday, April 08, 2008

medal pertama aku untuk UPM



assalammualaikum....Masum kat Uitm 2006...merupakan Masum pertama aku sebagai pelajar UPM dan pelajar tahun pertama....waktu itu, kami merupakan pasukan "underdog"....kerana kami tidak pernah memenangi perlawanan bola baling Masum...perlawanan pertama kami bertemu pasukan tuan rumah yang merupakan juara bertahan...kami kalah 7-5...waktu itu perlawanan dijalankan dalam keadaan hujan...namun kekalahan itu tidak mematahkan semangat kami...kami telah beruasaha sehingga ke titisan darah yang terakhir....dengan berbekalkan semangat kesukanan kami telah melangkah ke perlawanan akhir dan bertemu UiTM semula....kami telah berjaya merangkul kejuaraan dengan mengalahkan UiTM dengan jaringan 12-5.....hadiahnya medal dan teddy lion

Wednesday, April 02, 2008

Ketika DAN Kalimat ( luahan perasaan)

Namaku Mohd Izwardi Bin Mohd Yusoff. Aku berusia 23 tahun. Aku berasal daripada Tanah Merah, Kelantan Darul Naim. Aku merupakan pelajar tahun akhir. Aku mengambil jurusan Bacelor Sastera (Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu). Menjadi pelajar tahun akhir begitu memenatkan aku. bukan penat dari segi fizikal sahaja, tetapi dari segi minda juga. Semester ini aku mengambil tujuh belas jam kredit. Daripada tujuh belas jam kredit tersebut. Terdapat satu subjek yang mempunyai empat jam kredit. Subjek tersebut ialah subjek BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia. Subjek ini di ajar oleh Dr. Normaliza Bt Abd Rahim. Aku pada mulanya merasakan bahawa subjek ini adalah antara subjek yang paling mudah untuk aku skor A. namun begitu, ada di antara rakan aku yang telah mengambil subjek ini lebih awal daripda aku menyatakan bahawa subjek ini sememangnya mudah jika hendak skor A. Tetapi syaratnya adalah rajin. Perkara ini kerana, aku merupakan pelajar tahun akhir dan semester akhir dan perlu siapkan tesis, maka sudah pasti sedikit sebanyak member kesan terhadap diri aku. namun aku seperti biasa berpegang pada falsafah hidup aku iaitu alang-alang menyelup pekasam biar kepangkal lengan. Aku tetap tekad untuk mengambil subjek ini. Kendatipun, subjek ini merupakan subjek wajib bagi jurusan aku. Terdapat banyak cerita yang aku dengar. Namun aku tetap tabah menempuh dugaan dalam menuntut ilmu ini. Kerana niat aku hanyalah kerana ALLAH Ta`ala. Aku pun dengan rasa semangat pergi ke makmal komputer dan mendaftar subjek BBM 3410.

Pada tanggal 2 Januari 2008, aku bersama rakan-rakan yang sama jurusan dengan aku serta sekumpulan pelajar Bacelor Komunikasi dan Bacelor Bahasa Arab telah menghadiri kelas pertama bagi subjek BBM 3410. Kelas tersebut diadakan di Bilik Falimbani, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pertama kali aku memasuki kelas tersebut, didapati bahawa terdapat begitu ramai pelajar yang mengikuti subjek tersebut. Jadi, Dr. Normadiah telah membuat keputusan atas persetujuan ramai, beliau telah memecahkan pelajar yang terdapat dalam kumpulan tersebut kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan diajar oleh beliau sendiri, manakala kumpulan kedua akan diajar oleh Dr. Normaliza. Kumpulan yang akan bertukar kumpulan kepada kumpulan kedua adalah bermula daripada senarai nombor matrik 133099 sehingga yang terakhir sekali. Aku pada mulanya tidak bersetuju dengan cara yang digunakan. Aku mengajak beberapa kawan-kawan aku untuk membuat rayuan untuk memasuki kumpulan pertama. Tetapi kawan baik aku Halim tidak hendak. Jadi, aku pun mengambil keputusan untuk tidak membuat penukaran kumpulan dan terus kekal dalam kumpulan kedua tersebut.

Setelah kami semua diarahkan bertukar kumpulan, kami semua masuk ke dalam kelas yang telah ditetapkan iaitu di bilik Jauhari. Setelah semua mengambil tempat. Dalam sibuk sedang menyembang, aku melihat kelibat Dr. Normaliza bersama seorang wanita muda. Kedua-duanya mempunyai saiz lebih kurang aku sahaja. Dr. Normaliza pun membuka pintu bilik tersebut dengan penuh semangat sambil membebel kepada para pelajar yang ada dalam kelas tersebut. Aku jadi pelik kerana tiba-tiba sahaja beliau masuk dan membebel. Aku tertanya-tanya sebab musabab beliau membebel sedemikian. Sungguh pelik. Cara beliau cakap itu menggambarkan bahawa beliau seorang yang garang dan tegas. Sambil membebel itu, beliau sempat menakut-nakut para pelajar. Aku ingat lagi kata-katanya untuk menakutkan pelajar iaitu kelas beliau mempunyai banyak kerja, susah untuk mendapat A. Namun begitu beliau ada menyatakan bahawa untuk mendapat pun senang juga, iaitu jika selalu datang kelas, buat semua kerja yang diberikan dan sebagainya. InsyaAllah akan mendapat A. Setelah hampir setengah jam beliau membebel tentang subjek dan ciri-ciri atau syarat untuk mendapat keputusan yang baik. Beliau telah memperkenalkan tutor yang akan mengajar kami amali. Nama tutor kami itu ialah Cik Alia Bt Roslan. Cik Alia begitu tegas. Sama seperti Dr. Apabila ada salah seorang daripada kami membuat lawak dia hanya serius sahaja. Ramai budak yang tidak suka dengan caranya. Aku buat tidak tahu dengan apa yang orang hendak kata. Yang penting aku tidak derhaka kepada guru aku. Namun, jikalau nama manusia sememangnya tidak terlepas dengan rasa tidak puas hati terhadap pengajar. Kadang-kadang aku tidak begitu suka cara Cik Alia melayan pelajar komunikasi. Beliau melayan pelajar komuniksi dengan baik. Tetapi dengan kami? Selalu marah-marah. Pelajar komunikasi sememangnya terkenal dengan sikap suka mengipas pensyarah. Sungguh keji sikap itu. Bagi aku kalau hendak berjaya tidak perlulah untuk membodek kerana untuk berjaya itu bergantung pada diri kita. Niat kita itu yang penting. Bukan dengan cara sebegitu. Namun aku tidak nafikan bahawa sudah sifat azali makhluk ALLAH yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Dan tidak pelik juga jika ada orang yang suka dibodek. Semua itu sememangnya sifat semula jadi manusia.

Kelas akan mula berlajar minggu depannya. Apabila masuk ke kelas pada minggu berikutnya itu. Dr Normaliza masuk dengan tenang. Tidak seperti minggu pertama kelas tersebut. Masuk sahaja ke dalam kelas terus membebel. Kali ini pada mulanya beliau bercakap dengan lembut. Beliau mengarahkan semua pelajar yang ada kamera supaya mengambil nota dengan cara menangkap gambarnya dan power point itu. Beliau menyatakan bahawa cara beliau member syarahan sungguh cepat dan mudah. Aku semua masih tidak dapat menangkap apa sebenarnya motif yang ingin di sampaikan olehnya. Aku tidak ada kamera. Jadi aku bersedia dengan pen dan kertas. Apabila beliau memulakan syarahannya tentang bab pertama yang akan beliau ajar. Aku merasakan tertekan dengan cara yang digunakan olehnya itu. Beliau mengajar dengan begitu lagi sehinggakan tidak sempat untuk menyalin nota yang diberikan itu. Ramai pelajar yang mengeluh dengan cara yang diberikan itu. Untuk pelajar yang pernah mengambil subjek yang lain dengan beliau pada semester lepas, mereka sudah sangat faham dengan karenah makhluk ALLAH yang bernama Dr. Normaliza. Bagi kami yang baru dengan cara itu seperti terkejut. Namun kami tetap menguatkan semangat untuk menempuh dugaan yang diberikan kepada kami.

Aku masih ingat lagi tajuk pertama yang diajar kepada kami adalah mengenai asas grafik. Beliau menyatakan bahawa asas grafik mempunyai lima sahaja, iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Kelima-lima asas grafik ini dikatakan begitu penting dalam menghasilkan grafik dan multimedia. Jadi, beliau memberikan keterangan mengenai asas grafik tersebut, sedikit sebanyak dapat menambah ilmu aku mengenai asas grafik. Kalau orang tanya nanti aku dapat jawab. Setelah beliau habis menerangkan mengenai asas grafik tersebut, beliau meminta kami semua untuk membuat kerja kumpulan. Aku telah berpakat untuk bergabung dengan Halim, Sobri, Safuan dan Hafis. Dalam kerja kumpulan tersebut, beliau mengkehendaki setiap kumpulan untuk membawa majalah-majalah yang lama, gunting, gam, rumput kering, benang, penyedut air (straw) dan montingboard. Setelah membawa barang-barang yang dikehendaki itu, beliau mengarahkan semua kumpulan untuk menghasilkan kerja tersebut dengan menggunakan barang-barang yang dibawa itu. Beliau juga menetapkan beberapa syarat dan cara untuk membuat sepertimana yang dikehendaki oleh beliau. Antaranya adalah tidak boleh menggunakan tulisan tangan, setiap kerja yang dihasilkan itu mesti mempunyai kelima-lima asas grafik, huruf yang digunakan mestilah menggunakan huruf yang akan digunting daripada majalah lama yang dibawa itu, semasa menampal huruf-huruf tersebut di montingboard pastikan tidak mempunyai gelembung udara yang dihasilkan dan border yang akan dibuat itu mestilah mempunyai huruf yang bermula daripada huruf A sehingga huruf Z. Sebelum terlupa, gambar yang akan diambil daripada majalah itu juga mesti mempunyai asas grafik dan setiap gambar yang dilekat itu mestilah mempunyai jenis asas grafik. Untuk menerangkan jenis asas grafik yang terdapat itu, tulisan yang akan digunakan itu juga perlu di ambil daripada huruf-huruf yang terdapat dalam majalah lama itu. Masa yang diberi adalah sebelum jam dua petang, iaitu lebih kurang sejam setengah. Sungguh menyeksakan. Tetapi apabila difikirkan semula, terdapat kebaikannya apabila Dr. Normaliza berbuat demikian, mana tidaknya sedikit sebanyak dapat melihat kerjasama antara ahli dalam kumpulan itu. Sama ada ahli yang terdapat dalam kumpulan itu memberikan komitmen yang sepenuhnya atau tidak. Bak kata Dr. sendiri “Sama ada pelajar itu membuat kerja atau hanya tempelan sahaja.” Maknanya sedikit sebanyak kita dapat melihat semangat assabiyah atau semangat berkumpulan yang ada dalam sesebuah kumpulan itu untuk menyiapkan kerja yang diberikan dalam satu-satu masa. Selain itu juga, kita dapat melihat juga terdapatnya kreativiti yang terpendam dalam diri setiap orang terutama sekali ahli kumpulan aku. Seperti yang dijangka, terdapat kerja sama antara ahli kumpulan dalam kami. Untuk menyiapkan kerja tersebut, aku telah membahagikan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Aku dan Hafis menyiapkan kerja menampal gambar-gambar yang mempunyai unsur-unsur asas grafik. Manakala ahli aku yang lain iaitu Halim, Safuan dan Sobri menyiapkan kerja satu lagi iaitu membuat bingkai gambar dengan menggunakan rumput kering, straw dan sebagainya. Untuk menyiapkan kerja kami, kami semua terpaksa memberi seratus sepuluh peratus untuk memastikan kerja kami itu siap pada masa yang ditetapkan. Di sinilah menampakkan semangat kerja berkumpulan bagi menyiapkan kerja yang diberikan itu. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Aku dapat lihat, semua kumpulan pun begitu semangat untuk menyiapkan kerja masing-masing. Ketika sedang khusyuk untuk menyiapkan kerja aku. Aku terpegun melihat kreativiti ahli kumpulan aku yang sedang menyiapkan bingkai gambar. Sungguh kreatif. Itu adalah perkataan yang boleh aku kata. Tiada kata lain lagi yang sesuai digunakan. Mana tidaknya, mereka bertiga membuat bingkai gambar tersebut seperti muka Shinchan. Ahli kumpulan yang lain semuanya memuji hasil yang dibuat oleh mereka itu. Aku dengan Hafis masih lagi dalam usaha untuk menyiapkan kerja kami ini. Masa sudah hampir tamat. Akhirnya, aku dan Hafis dengan kerjasama ahli kumpulan aku, telah berjaya menyiapkan kerja yang diberikan tepat pada masa yang dikehendaki.

Pada malamnya, ada kelas tutorial yang dikendalikan oleh Cik Alia. Aku diberitahu oleh kawan aku bahawa Cik Alia merupakan anak kepada Dr Normaliza. Kelas tutorial pertama kami diadakan di Makmal Siswazah, Sanggar Bahasa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Pertama kali aku masuk ke dalam makmal yang kesemua komputernya masih baru. Kelas tersebut bermula jam 8.00 malam. Selepas semua pelajar datang, Cik Alia memulakan tugasnya dengan memberitahu tentang peraturan yang patut dan tidak patut dilakukan disana. Kemudian, beliau member penerangan tentang tgasan individu kami yang pertama. Tugasan itu adalah menyediakan Power Point Presentation. Tajuk bagi tugasan ini ialah mengenai alam sekitar. Tetapi beliau tdak mahu berkaitan dengan kemusnahan alam sekitar dan pencemaran. Beliau juga menyatakan bahawa kami setiap tugasan itu mesti mempunyai dua puluh slide. Setiap satu slide itu perlu mempunyai gambar yang berkaitan dengan tajuk yg kita pilih dan menepati lima asas grafik iaitu kesesuaian, keseimbangan, warna, teks dan mudah. Selain itu juga, perlu ada perkataan-perkataan yang berunsur kesusasteraan dan perlu ada lagu yang bersesuaian dengan tajuk yang dipilih. Selepas diterangkan mengenai itu, Cik Alia pun terus mengajar kami cara hendak menggunakan power point. Sebenarnya kami sudah tahu cara hendak menggunakan power point. Tetapi itu antara sukatan yang patut kami pelajari, kami redha.

Untuk kelas seterusnya pula, Dr Normaliza mengarahkan kami untuk membawa kamera. Tetapi sebelum Dr menerangkan apa yang patut kami lakukan dengan kamera itu, beliau telah menerangkan mengenai konsep IT, ICT dan Multimedia, Lebuhraya Maklumat Pembelajaran Bestari dan Maya. Mengenai tajuk ini, pada mulanya beliau telah menerangkan mengenai sejarah MSC, konsep IT dan ICT dan sebagainya. Selain itu juga beliau menerangkan mengenai beberapa elemen yang perlu ada dalam tajuk yang dipelajari tersebut. Antaranya adalah perisian, aplikasi, sistem, pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, pengiklanan data, perisisan persembahan dan perisian grafik dan multimedia. Selain itu juga, kami diberi penerangan mengenai pengurusan data. Pengurusan ini terdiri daripada Bit, Byte, Bit dan Byte serta Megabait. Kami juga diajar cara untuk mengukur keupayaan ingatan. Aku merasakan sudah seperti pelajar sains komputer sahaja. Antara cara untuk mengukurnya adalah 1000 MB (1000 x 1000 x 1024 Byte) atau bersamaan 1 Bilion Byte dan ada beberapa lagi kiraannya. Tajuk seterusnya adalah komunikasi dan rangkaian. Bagi tajuk ini aku diajar mengenai cara penghantaran maklumat secara elektronik dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Dalam tajuk ini aku di dekatkan dengan perkataan Lan an Wan. Selain itu, antara istilah yang terdapat di dalam bidang ini adalah seperti modem, hub, perulangan (repeater), titi dan penghala (bridge) dan pemultipleks. Dr normalize juga mengajar mengenai kelebihan rangkaian seperti perkongsian perkakasan, internet, multimedia dan sebagainya. Selepas memberi penerangan mengenai semua itu, Dr meminta kami semua untuk mengambil gambar. Kata beliau, setiap gambar yang diambil itu mesti mempunyai lima asas grafik yang telah beliau ajar sebelum ini. Jadi kami dibenarkan untuk mengambil gambar disekitar fakulti supaya senang untuk beliau meninjau setiap aktiviti kami. Aktiviti ini merupakan antara cara yang paling aku suka kerana aku meminati bidang fotografi walaupun aku bukan pelajar komunikasi. Hal ini kerana dalam bidang ini, kita perlu kreatif untuk memastikan gambar yang kita ambil itu betul-betul memberi impak dan mempunyai daya tarikan. Setelah hampir sejam kami semua dibenarkan keluar, kami semua kembali semula ke dalam kelas. kemudian kami semua di arahkan untuk menunjukkan gambar yang kami ambil tadi kepada Dr. Terdapat beberapa gambar yang tidak menepati citarasa beliau. Setelah semua kumpulan masuk, beliau menerangkan pula kerja yang kedua yang perlu kami lakukan iaitu berdasarkan kepada gambar yang kami ambil tadi, buat slide. Beliau mengkehendaki setiap kumpulan membuat 20 slide dan memasukkan lagu dan apa sahaja yang telah dipelajari ketika kelas tutorial bersama Cik Alia. Perbentangan power point akan di adakan pada minggu depannya. Seperti biasa aku dan rakan sebilik aku Halim akan berbincang untuk membuat power point yang segempak mungkin yang boleh aku dan dia hasilkan. Walaupun kami tahu kami tidak sehebat pelajar komunikasi yang pastinya akan membuat pelbagai cara untuk mendapat perhatian daripada Dr. Normaliza. Tapi aku dan Halim tetap akan cuba membuat yang terbaik untuk mendapatkan perhatian daripada Dr. Normaliza juga. Pada malamnya pula, macam biasa, ada kelas tutorial bersama dengan Cik Alia. Antara kelas yang paling malas aku hendak pergi pada mulanya kerana Cik Alia suka marah-marah. Tetapi tidak dengan pelajar komunikasi. Mungkin mereka mengipas Cik Alia dengan menggunakan air-cond. Kelas bermula seperti sedia kala. Cik Alia meminta kami semua menyiapkan kerja masing-masing kerana minggu depan akan diadakan perbentangan.

Minggu berikutnya seperti yang dirancang, perbentangan mengenai foto yang telah kami ambil pada minggu lepas. Kumpulan aku menjadi kumpulan yang ketiga membuat perbentangan. Kumpulan aku tidak mempunyai nama. Jadi selepas Dr. Normaliza melihat hasil kerya kami, beliau memuji hasil kerja kami. Kami semua berpuas hati dengan hasil kerja itu. Beliau sempat bertanya bahawa kami buat slide ini adalah untuk menunjukkan perasaan cinta terhadap siapa? Atau kepada fakulti? Kami menjawab bahawa kami menunjukkan ini adalah untuk menunjukkan perasaan cinta kami kepada fakulti. Beliau pun dengan memberikan nama kumpulan sebagai Kumpulan Lelaki Ini. Semenjak daripada itu, kami sebulat suara untuk menamakan kumpulan kami sebagai Lelaki Ini. Kumpulan demi kumpulan keluar membuat perbentangan. Kita dapat lihat pelbagai idea yang dilahirkan mereka untuk menambat hati Dr. Normaliza. Sebelum terlupa, sebenarnya kumpulan aku mendapat nama adalah kerana semasa membuat perbentangan, kami menggunakan lagu Lelaki Ini yang didendangkan oleh Anuar Zain. Nama ini kekal sehingga sekarang. Sudah hendak tamat pengajian pun.

Kuliah seterusnya pada minggu seterusnya, beliau telah memberikan kuliah mengenai World Wide Web(www) atau laman web. Dalam kiluah kali ini, beliau masuk dengan tergesa-gesa. Seperti biasa sifat beliau yang suka membuli pelajarnya, beliau mengajar dengan cepat sehingga kami semua malas hendak salin. Bagi yang ada kamera, mereka hanya mengambil gambar slide kuliah itu. dalam kuliah yang dihasilkan itu, apa yang aku ingat adalah beliau menceritakan mengenai laman web. Kata beliau, web merupakan koleksi elektronik. Menurutnya lagi laman web merupakan terbahagi kepada dua iaitu dinamik dan statik. Selain itu juga, beliau juga ada menyatakan mengenai melayari web. Dalam hal ini, beliau menceritakan mengenai wen browser, mengenai downloading, URL dan sebagainya. Sedikit sebanyak aku dapat menambahkan pengetahuan aku dalam bidang internet. Hal ini kerana sebelum ini aku tidak mengetahui bahawa terdapat engine yang lain selain daripada Internet Explorer. Tiba-tiba beliau meminta kami semua duduk dalam kumpulan dan senaraikan jenis-jenis laman web yang ada sekarang. Ahli kumpulan aku semuanya menjadi terpinga-pinga kerana kami semua tidak mengetahui jenis-jenis laman web yang ada. Kami semua pun sudah kesuntukkan masa, jadi kami pun membuat keputusan untuk menulis alamat laman web yang ada. Apabila dihantar, beliau membaca dan beliau menerangkan bahawa jenis laman web adalah portal, berita, informasi dan sebagainya. Semuanya mempunyai 11 jenis laman web. Tetapi malang memang tidak berbau, kesemua jawapan yang kami berikan itu semuanya salah. Terdapat tiga kumpulan lagi yang salah. Akibatnya, kami dikenakan denda iaitu kami semua perlu menari dihadapan bersama dengan alunan lagu Bila Larut Malam. Segan aku dibuatnya. Sudahlah didenda, rakan-rakan semuanya tengok dan gelak. Dr. Normaliza memberi syarat bahawa jika ada kumpulan yang sporting, kumpulan itu akan diberi duduk awal. Aku pun bertekad untuk menebalkan muka aku. Maka apabila dinyanyikan lagu itu, aku bersama ahli kumpulan aku terpaksa menari dengan poyo. Apabila kami semua menari, pelajar yang duduk semuanya bersorak. Apabila ditanya kepada semua, mereka semua menyatakan bahawa kumpulan aku yang paling sempoi. Jadi kami dapat duduk awal. Halim pun menyatakan bahawa aku dan Hafis paling poyo sewaktu menari.

Dari sehari sehingga sehari, aku mula merasakan bahawa kelas ini bertambah menarik untuk diikuti. Perkara ini kerana, kelas ini menggabungkan kemahiran kreativiti yang ada pada diri kita. Jadi kami dapat menunjukkan kreativiti kami. Cuma kadang-kadang, aku rasa letih melihat sifat Dr.Normaliza yang kelam kabut, suka marah-marah dan sebagainya itu. kadang-kadang aku sendiri pelik melihat perangai sikapnya itu. Tetapi apa yang aku boleh buat. Aku masih hormat dia sebagai seorang guru. Seterusnya, pada malamnya kelas tutorial. Malam itu, kami diajar cara untuk membuat kalender. Ini yang aku tunggukan selama ini. Melalui ini, kami dapat mencurahkan idea kami untuk menghasilkan kalender. Sebelum membuat kalender itu, kami diajar oleh Cik Alia menggunakan perisian Adobe Photoshop. Ini merupakan kali pertama aku menggunakan perisian ini. Sebelum ini aku hanya tahu nama dan fungsinya sahaja tetapi aku tidak tahu cara untuk menggunakannya. Seperti biasa aku akan cuba untuk membuat yang terbaik. Akhirnya aku berjaya untuk menghasilkan kalender aku. Cuma satu yang tidak best iaitu bayaran yang dikenakan terlalu mahal. Tidak setimpal dengan cara pembuatannya. Aku lihat ia hanya menggunakan kertas tebal dan kertas tersebut hanya di liminate sahaja. Gambar pun kelihatan seperti tidak tajam. Gambarnya menjadi pecah-pecah. Tidak seperti yang aku bayangkan. Kalender itu akan menjadi licin dan tebal seperti kalender yang ada aku dapat daripada UPM.

Kelas seterusnya, kami diminta untuk membuat satu program ke rumah anak orang yatim dan orang tua. Dr. Normaliza mengkehendaki setiap kumpulan pergi ke rumah anak yatim ataupun rumah orang-orang tua yang berada dibawah seliaan kerajaan. Itu satu yang masalah yang besar. Hal ini kerana, tidak banyak rumah anak yatim yang berada dibawah kerajaan. Kalau ada pun tidak banyak jika hendak dibandingkan dengan rumah anak yatim yang berada dibawah seliaan swasta atau NGO. Pada mulanya, kumpulan aku,kumpulan remix, kumpulan Pak Lah dan ada beberapa kumpulan lain telah berpakat untuk pergi bersama-sama. Namum semua itu hanya tinggal kenangan, kerana mereka semua ingin membawa diri masing-masing. Tidak mengapalah. Kumpulan yang betul-betul setia lagi adalah kumpulan aku dan kumpulan Pak Lah. Aku telah berpakat dengan Pak Lah untuk bergabung dan pergi ke rumah anak yatim di Puchong. Apabila difikirkan semula, aku merasakan lebih baik aku bergabung dengan lebih banyak kumpulan. Jadi aku telah menelefon kawan baik aku iaitu Rizal dan Suhaila. Aku bertanyakan kepada mereka, sama ada mereka sudah mempunyai rumah anak yatim untuk di kunjungi atau belum. Mereka menyatakan bahawa mereka masih belum dapat lampu hijau daripada mana-mana rumah anak yatim. Jadi aku mempelawa mereka untuk pergi bersama-sama kami ke Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong Perdana. Tempatnya aku tidak tahu. Tetapi mujur Rizal kata bahawa beliau pernah pergi ke sana untuk membuat pergambaran. Aku menyatakan bahawa jika cawangannya di Bandar Bukit Puchong, aku tahu dimana letaknya. Jadi setelah semuanya setuju, kami semua telah mengadakan mesyuarat dengan kumpulan-kumpulan yang akan pergi ke sana. Semua sekali adalah seramai enam kumpulan yang akan bersama-sama kami ke sana. Jadi setelah berbincang, semua kumpulan bersetuju untuk pergi ke Puchong. Jadi aku pun menelefon Ustaz Zawawi iaitu pengetua Rumah Amal Limpahan Kasih. Aku menyatakan hasrat kami untuk pergi ke rumah anak yatim tersebut. Tetapi aku tidak menyangka bahawa pihak rumah anak yatim itu menerima kedatangan kami dengan terbuka. Pihak rumah anak yatim itu boleh menerima kedatangan kami pada bila-bila masa sahaja. Jadi aku pun menyatakan bahawa kami akan pergi ke rumah anak yatim tersebut pada 7hb Mac 2008 bersamaan hari Jumaat. Pihak Ustaz Zawawi menyatakan bahawa mereka tidak kisah. Jadi aku pun menyatakan berita gembira ini kepada rakan-rakan yang lain. Mereka semua bersetuju dengan cadangan itu. Cuma yang menjadi masalahnya adalah tarikh tersebut. Hal ini kerana, kebanyakkan antara mereka ingin pulang ke rumah kerana pada keesokkan harinya merupakan Pilihanraya Umum. Jadi mereka semua ingin balik ke rumah. Aku dan Rizal serta Suhaila telah berpakat bahawa tarikh 7 Mac itu merupakan tarikh yang sesuai dan menyatakan kepada ahli yang lain bahawa kami semua tiada pilihan lain, kerana kami sudah tiada masa untuk membuatnya lagi. Tarikh untuk perbentangan dijadualkan pada 12hb Mac 2008.

Setelah semuanya menerima segala keputusan yang telah dibuat, kami semua mengadakan mesyuarat dengan semua ahli dan kami telah sebulat suara untuk mengutip RM10.00 seorang. Kami semuanya mempunyai 6 kumpulan. Duit yang dikutip itu, kami gunakan untuk membeli cenderamata, peralatan yang kami ingin gunakan untuk membuat aktiviti dengan anak yatim tersebut. Bahagian membeli belah ini dilakukan oleh golongan wanita. Mereka yang pergi membeli apa yang hendak digunakan pada hari kejadian. Beberapa hari sebelum kami pergi ke rumah anak yatim tersebut, Rizal ada menyatakan bahawa bahawa Dr. Normaliza akan mengikuti kami pergi ke rumah anak yatim tersebut. Aku terkejut. Kenapa pula Dr hendak mengikut kami ke sana? Mesti kelam kabutnya. Itu sahaja kata-kata aku. Jadi bila tiba masanya, iaitu pada 7 Mac 2008 telah kami semua berkumpul di Latar Siswa. Kami bertolak dari UPM pada jam 12.00 tengah hari. Kami sampai di sana lebih kurang jam 12.45 petang. Aku bersama-sama ahli kumpulan Pak Lah pergi menaiki motorsikal. Aku lebih suka naik motor jika mahu berjalan jauh. Apabila sampai disana, kami disambut oleh Pak Ngah iaitu pembantu Ustaz Zawawi. Dia yang akan membantu kami sewaktu kami berada di sana. Pertama kali aku menjejakkan kaki aku di rumah anak yatim. Sewaktu kami sampai, mereka semua sedang bersiap-siap untuk pergi menunaikan solat Jumaat. Jadi semua pelajar lelaki yang pergi ke sana semuanya pergi bersama-sama dengan anak-anak yatim tersebut. Setelah balik daripada solat Jumaat, semua anak-anak yatim telah berkumpul di beranda rumah tersebut sambil menunggu kehadiran anak yatim perempuan yang duduk di Bandar Bukit Puchong. Setelah anak yatim perempuan sampai,kami memulakan aktiviti kami dengan ice-breaking, diikuti dengan pemainan goring pisang panas, mencantumkan gambar, sukaneka, permainan ular dan naga, nyanyi dalam hujan dan sebagainya. Mereka semua gembira dengan kehadiran kami walaupun mereka pada mulanya mereka seperti sukar dikawal dan tidak dengar cakap. Setelah selesai semua matlamat kami, kami pun pulang ke UPM. Kami semua sampai lebih kurang jam 8.00 malam. Apabila berada di bilik, aku terkenangkan bagaimana diriku jika berada di tempat mereka. Kesian mereka.

Setelah selesai semua, kami pun meneruskan kerja kami untuk mengedit kerja kami itu dan dipindahkan ke dalam slide seperti yang diminta oleh Dr. Normaliza. Hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari perbentangan telah tiba, jadi kumpulan kami telah menjadi kumpulan yang keenam membuat perbentangan. Aku berasa puas hati apabila semua orang seperti terhibur dengan perbentangan kami. Yang penting adalah Dr. Normaliza tersentuh dengan apa yang kami buat. Perbentangan seterusnya akan di teruskan pada minggu hadapannya. Pada malamnya pula, kami telah menghantar blog yang telah kami hasilkan itu. Pada minggu depannya, kelas telah disambungkan lagi dengan perbentangan yang tertangguh itu. Pelbagai kreativiti yang ditonjolkan oleh para pelajar. Ada juga yang kurang menyerlah. Namun, apabila selesai persembahan yang dilakukan oleh kumpulan terakhir yang dihasilkan oleh para pelajar komunikasi, keadaan menjadi panas. Apabila Dr., telah menyatakan bahawa semua kerja yang diberikan dulu perlu dibuat semula kerana tidak menepati apa yang dikehendakinya. Ramai pelajar yang tidak berpuas hati, termasuk aku. Kejam, itu sahaja perkataan yang aku boleh katakan. Tetapi Dr. Normaliza bermegah-megah dengan apa yang dibuatnya itu. Katanya, “Beliau begitu gembira dapat mengugut dan mendera pelajar.” Aku pun tidak tahu apa yang diinginkan oleh beliau sebenarnya. Yang paling aku tidak puas hati adalah mengenai jurnal ketika dan kalimat yang aku sedang tulis ini. Pada mulanya, beliau menyatakan bahawa hanya pelajar yang mengambil kelas seni lakon sahaja yang perlu buat. Tetapi, tiba-tiba beliau menukar keputusannya kepada semua pelajar wajib membuatnya. Aku merasakan bahawa diri ini terseksa. Sudahlah kerja banyak. Kelas cerpen dan novel bertambah kerja, ini pula, BBM 3410 pula yang bertambah. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui perasaan aku waktu itu.

Namun, aku terpaksa akur dengan segala apa yang berlaku dan segala keputusan yang telah dibuat. Perkara ini melibatkan markah dan masa depan aku. Aku tidak sanggup untuk mengulang kertas yang sama lagi. Aku ingin bergraduat…huhuhu… Tetapi apabila difikir-fikirkan balik, setiap yang berlaku pastinya ada hikmah yang terselindung. Jangan terlalu berfikiran negatif sahaja. Mungkin ini akan mengajar sedikit sebanyak tentang erti kehidupan di alam pekerjaan. Mana tahu… Cuma satu yang aku ingin katakan kepada Dr. Normaliza… TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KERANA TELAH MENDEWASAKAN AKU.

Kolej 12,UPM

-alammaya-