Sunday, March 09, 2008

Kerana Kuasa (berdasarkan pengalaman roomet aku)





“ Weh dtg blik aku jap…ada hal pnting,” sms daripada Lipa. Aku membalas sms itu, “ Ade ape? Pnting sngt ker?”. Itu merupakan antara sms yang aku dapat pada petang yang sungguh membosankan. Lipa meminta aku untuk pergi ke bilik Irbas. Katanya ada perkara penting. Pada mulanya aku malas hendak pergi. Tetapi apabila mereka menghantar sms kepada aku acap kali, aku pun pergi ke bilik 1111. Apabila aku sampai di sana, aku lihat ada dalam lima orang seperti membincangkan sesuatu.

“ Assalammulaikum…” aku memberi salam. “ Waalaikummussalam, duduklah,” jawab mereka. Aku masih tidak dapat menangkap apakah perkara yang penting yang ingin dibincangkan itu. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Malas hendak menyampuk, karang tersalah sampuk pula.

Kemudian, Lipa menyuruh Naufas menjelaskan perkara yang ingin dibincangkan oleh mereka. “ Macam ini, kita nak buat AGM ni. Jadi kita hendak memilih bakal pengganti Lipa. Kalau boleh biarlah dari kalangan kita,” jelas Naufas. Aku terkejut dengan kenyataan yang dibuatkan itu. Aku pelik kenapa hendak melantik antara kami untuk menggantikan Lipa. Padahal mereka boleh membuat pemilihan itu pada AGM nanti.

Pada ketika itu, kami mencalonkan antara kami sebagai pengganti. Termasuklah aku dicalonkan sebagai pengganti aku. tetapi kenapa mereka tidak mahu mencalonkan Idnef sebagai calon yang sesuai. “ Kenapa tidak mencalonkan sahaja si Idnef jer?” tanya aku kepada mereka semua. “ Kau hendak ke dia jadi calon? Takkan kau tidak tahu perangai dia macam mana?” kata Irbas. Aku hanya mampu gelak apabila dia kata macam. Sampuk Dauf, “ Tak nak aku kalau dia jadi pres. Dah la poyo je. Semua dia yang hebat. Tapi tak tau la kot-kot hang suka dia jadi. Maklumlah diakan madu hang,” dengan nada sinis. Aku tergelak lagi. Mereka mengungkit kembali kisah aku dengan Idnef. Hanya kerana tidak dapat menambat hati seorang wanita, dia memusuhi aku. Wanita itu memilih aku untuk menjadi teman. Tetapi itu semua sudah menjadi kenangan. Kenangan yang akan di ingati sampai bila-bila, yang mana aku telah dilemparkan dengan pelbagai tomahan. Tetapi hakikatnya wanita itu tidak menyukainya.

Perbincangan itu diteruskan. Keputusan demi keputusan dibuat, namun, masih tiada kata putus yang dapat memuaskan hati mereka. “ Apa kata kau je yang jadi pres?” tanya Irbas. Aku terdiam seketika. “ Kenapa mesti aku? Aku tidak layak la,” jelas aku. Aku cuba menolak daripada menerima jawatan tersebut. Hal ini kerana, aku begitu sibuk dengan latihan sukan. Aku takut tidak mampu melakukan tugas itu dengan berkesan.

Aku masih mendiamkan diri. “ Macam mana? Boleh tak?” tanya Lipa. Aku menjawab, “ Bagi masa aku berfikir kejap. Kena fikir dari banyak aspek ni, “ jelas aku. Mereka cuba memujuk aku supaya menerima jawatan tersebut.

“ Kalau aku terima macam mana?” tanya aku.

“ Ala, kami support kau la,” jelas Irbas. “ Kami jadi orang bawahan kau la. Jangan risau.”

“ Eeemmm…”

“ Kenapa kau dan Naufas tak nak jadi?” tanya aku lagi.

“ Tak nak ah!,” jawab Irbas.

“ Kami ni layak jadi orang bawahan saja,” tambah Naufas.

Setelah aku berfikir panjang, aku pun menerima jawatan itu. Kerana mereka berjanji untuk memberikan sokongan kepada aku. Aku juga percaya dengan kredibiliti mereka kerana mereka mempunyai pengalaman dalam berpersatuan. Aku bertambah yakin kerana mereka telah membuat kata sepakat untuk memilih antara rakan-rakan kami. Jadi bagi aku semua itu tidak ada masalah.

Mereka meneruskan perbincangan mengenai pemilihan untuk mencari calon-calon menggantikan mereka. Tiba-tiba, “ Assalammualaikum, Dif ada kat mana?” tanya Lipa. Dia bertanyakan Dif ada dimana. “ I kat dalam kereta, tengah drive. Nape?” tanya Dif. Lipa tetiba jadi tidak keruan bila dia menelefon Dif. Dia seolah-olah mempunyai perasaan dengan Dif. Tetapi aku hanya senyum melihat telatah Lipa itu. Budak-budak yang lain terutama Naufas asyik menganggu Lipa.

“ Macam ni Dif, kami sepakat nak melantik Dif dan Hayadih sebagai salah seorang ajk persatuan kita. So, macam mana? Boleh ke?” terang Lipa. Aku macam biasa mendiamkan diri saja. Aku tidak berapa suka dengan cara yang digunakan ini. Bukan apa, takut nanti ada yang terasa kerana tidak terpilih. Aku yakin pasti ada yang tidak akan puas hati. Tetapi macam biasa aku hanya mendiamkan diri saja. Dalam hati sebenarnya aku tidak yakin dengan calon-calon yang dipilih oleh mereka. Hal ini kerana, kebanyakkan mereka terdiri daripada rakan-rakan aku sendiri. Aku teringat kata sarjan aku sewaktu Kadet Polis dulu, “ Dalam sesuatu persatuan itu, memang best jika kita dengar ahli jawawtankuasanya terdiri daripada kawan-kawan kita. Tetapi, hangpa kena ingat, yang kawan-kawan nilah yang membawa masalah nanti.” Kata-kata itu masih terbayang difikiran aku. Aku sendiri melihat bagaimana persatuan aku sewaktu aku sekolah dulu musnah kerana dikalangan ahli tertingginya terdiri daripada kawan-kawan sendiri.

Lipa begitu bersungguh-sungguh untuk menggunakan cara ini. Kerana baginya kawan-kawan la mudah untuk diuruskan. Aku masih was-was dengan cara ini. Tetapi disebabkan pilihan ramai, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Jam ditangan telah menunjukkan pukul 6.00 petang. Aku dah tidak senang duduk. Aku sudah lama tidak bermain bola sepak. Jadi aku ingin meminta diri dahulu. Namun mereka semua tidak memberikan kebenaran. Alasannya, aku bakal pres. Aku membatalkan niat aku itu untuk pergi ke sana. Hati aku masih teringat dekat padang.

“ Id, hang nak pilih sapa lagi jadi orang-orang hang?” tanya Lipa.

“ Tak tau la Li, aku pun tak tau nak bagi sapa. Ikut hang la. Mana yang hang rasa boleh,” jawab aku.

“ Takkan aku yang nak decide? Yang nak bekerja dengan depa hang, bukan aku,” tambah Lipa.

“ Em…” mampu terdiam.

“ Kalu aku ambil Dif dan Dauf jadi timbalan hang nak tak? Aku rasa depa layak untuk jadi timbalan hang. Lagi pun Dif kan MTM Kolej,” cuma hendak meyakinkan aku. Setelah lama berbincang, akhirnya, perbincangan ini telah mencapai kata putus. Dalam hati, “ Ah…lega dah habis. Kalau tidak berjanggut aku kena tunggu.” Maka aku pun balik ke bilik.

PERHATIAN!!

MESYUARAT AGUNG KMBF AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH: 28 JANUARI 2008 (JUMAAT)

MASA: 8.30 MALAM

TEMPAT: DEWAN AB`AZ, KMBF

MAHASISWA BARU DIWAJIBKAN HADIR DAN MAHASISWA LAMA AMAT DIALU-ALUKAN.

MAKANAN DAN MERIT AKAN DIBERIKAN.

Poster AGM telah dinaikkan. Aku perhatikan gelagat rakan-rakan aku yang lain apabila melihat poster tersebut. Ada yang menyatakan tidak akan hadir. Biarkanlah mereka. Tidak boleh dipaksa. Nanti lain pula jadinya. Tetapi ada juga yang bertanyakan mengenainya. Aku hanya menyatakan, “ Kau orang datang saja.”

Jam sudah menunjukkan pukul 8.30 malam. Aku datang dengan simple yang sememangnya gaya aku. Aku hanya memakai t-shirt berkolar, seluar slack dan bersandal. Itulah gaya aku seharian. Aku duduk diluar bersama-sama Naufas, Dauf, Irbas, Dif dan Lipa. Lipa kelam-kabut untuk memastikan kelancaran majlis. Tiba-tiba ada orang memanggil nama aku. aku tercari-cari siapakah geranggan yang memanggil aku. rupa-rupanya Lipa yang memanggil aku. Bersamanya adalah seorang staff dari BHEP yang dikatakan datang memantau setiap AGM yang dijalankan itu. Apa yang sempat aku dengar daripada perbincangan mereka berdua adalah untuk memastikan bahawa tiada pembangkang yang menjadi ajk persatuan ini. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Malas aku nak campur tangan. Selepas itu semua mahasiswa masuk ke dalam dewan tersebut. Aku pun masuk juga. Aku buat biasa saja. Sesi pemilihan calon telah bermula. Undian dibuat. Selepas undian dibuat, Lipa dengan ajk-ajknya telah keluar sebentar untuk memulakan komplot mereka untuk menaikkan aku. Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pemilihan ini. Seperti ada yang tidak puas hati saja. Namun aku hanya mendiamkan diri.

Lipa masuk bersama-sama dengan keputusan siapakah yang akan naik menggantikannya. Seperti dirancangkan, nama yang telah Lipa pilih itu, menjadi ajk yang baru. Namun aku dapat lihat ada seseorang yang begitu tidak puas hati dengan pemilihan ini. Tetapi aku seperti biasa buat tidak tahu saja. Selepas pengumuman calon-calon yang menang, aku lihat seorang hamba ALLAH ini yang jarang datang ke aktiviti fakulti terus balik dengan muka tidak puas hati. Dalam hati aku berkata, “ Biarkanlah dengan dia, berlagak sangat.”

Hari demi hari aku menjalankan tugas aku sebagai pemimpin. Masalah yang pernah aku terfikir dahulu jika ajk aku adalah terdiri dari rakan-rakan mula timbul. Hubungan semakin renggang. Masing-masing hendak mencari salah masing-masing. Masing-masing hendak menjatuhkan antara satu sama lain. Ada sahaja yang tidak kena. Masing-masing hendak menunjukkan kepala batu masing-masing. Aku tidak mahu tegur lagi kerana mereka adalah kawan aku sendiri.

Perkara seperti ini menjadi runcing apabila berlaku satu masalah yang menyebabkan persatuan ini digantung selama setahun. Semuanya menuding jari terhadap aku kerana aku tidak menghadiri bengkel yang dijalankan ketika cuti. Aku cuba untuk menerangkan perkara sebenarnya, “ Bukan salah saya, memang saya tahu yang ada program ni. Tetapi saya telah menghantar setiausaha kita pergi sana. Saya dah bagitau dia yang saya tidak dapat hadir kerana pada masa cuti itu, saya kena balik untuk melakukan perjumpaan dengan doktor. Saya ada masalah dengan lutut saya.” Namun mereka semua tidak dapat menerima semua itu. Mereka masih mahu menyalahkan aku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Hati aku berbara dengan kenyataan yang dilakukan oleh mereka. Mereka seolah-olah menyalahkan hubungan aku dengan tunang aku. Bagi aku, hubungan aku dengan tunang aku tiada kaitan dengan perkara ini. Aku merendahkan ego aku sebagai seorang lelaki dengan meminta maaf terhadap perkara yang berlaku.

Perkara ini sampai ke pengetahuan seorang lelaki yang sememangnya tidak pernah puas hati dengan aku. Pelbagai cara yang digunakan untuk menjatuhkan aku. Ada saja perkara yang aku buat tidak kena. Sehingga ajk aku pun termakan dengan kata-katanya. Aku masih teringat, dia ada datang berumpa dengan aku. dia menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadapa aku. Baginya, aku tidak layak untuk menjadi seorang pemimpin. “ Aku sebenarnya tidak mahu jadi ajk persatuan ini adalah kerana kau yang menjadi ketua. Aku tak yakin dengan kau. Aku rasa, aku lebih hebat dari kau. Banyak pengalaman aku. banyak perkara yang aku dah handle. Kau apa yang ada?,” katanya. Aku membalas, “ Kau kata tak yakin dengan aku. kenapa masa aku suruh kau menjadi ajk aku, kau tak nak jadi? Siap ugut aku hendak tumbuk aku jika aku mencalonkan kau. Sekarang kau hendak salahkan aku pula. Apa masalah kau sebenarnya?” tanya aku. “ Aku tau yang perlantikkan kau bukan kerana undiankan? Aku sendiri nampak senarai nama yang akan naik dari Lipa. So, aku tak puas hati dengan perlantikkan kau. Aku lebih layak dari kau,” katanya lagi. “ Aku datang ini, hendak mencabar kau. Aku hendak merebut jawatan kau. Aku hendak bertarung dengan kau bagi merebut jawatan ini. Aku yakin aku akan menang sekarang. Semua kawan-kawan kita menyebelahi aku. Kau setuju tak?,” tambahnya lagi. Jawap aku dengan mudah, “ Aku tidak akan melepaskan jawatan aku ni. Apabila orang dah lantika aku, aku akan cuba sedaya upaya. Walaupun ada yang cube hendak menjatuhkan aku. aku tahu sekarang dimata orang aku jahat dan kau yang baik. Kau boleh meracun pemikiran orang lain demi kepentingan kau. Tetapi aku tetap tidak akan tunduk dengan cara busuk kau ni.”

Perkara ini berlanjutan selama satu semester. Apa saja yang aku buat, ada saja yang di pandang rendah. Aku tetap meneruskan dengan tugas aku sebagai pemimpin. Nama aku diburuk-burukkan oleh kawan-kawan aku. Pelbagai kata sinis dilemparkan. Tetapi aku tetap menempuhinya. Bagi aku itu semua dugaan dalam kehidupan yang harus aku tempuhi walaupun perit apabila ada kawan yang makan kawan. Hanya kekasih hati sebagai penguat semangat.

No comments: