Sunday, March 09, 2008

salahkah aku???


Bertemankan kedinginan malam yang ceria dengan kerdipan bintang di langit yang sdang rancak bermain. Malam itu menenangkan diri aku yang begitu kusut. Aku berasa seperti burung yang terlepas dari sangkar. Dari kamar, aku melihat kenderaan lalu lalang dan juga pelajar keluar masuk dari kolej kediaman aku itu.

Tiba-tiba, aku menjadi hiba apabila terkenangkan kedua-dua orang tua aku yang berada di kampung. “Mengapa mereka sanggup buat sedemikian rupa terhadap aku? Bukannya orang lain, anaknya sendiri,” berfikir seketika. “Apakah salah aku!!” suara kecil.

“Ala, belajar tinggi pun tak kemana juga…” perli ayah. “Umur macam kau ni sepatutnya dan berkahwin tau! Umur kau pun bukannya semakin muda,” emak menambah. Itulah antara kata-kata yang dikeluarkan mereka terhadap aku.

“Aku tidak mengerti mengapa mereka sanggup berbuat demikina terhadapa aku. Padahal aku ini anak mereka juga, darah daging mereka juga.” Aku seperti berada di awangan apabila memikirkan tentang perkara tersebut.

“Ayu!...,” Hasmin menyedarkan aku dari lamunan. Aku terkejut dengan cara yang digunakan oleh Min tadi. “Apa yang kau termenungkan tu Ayu? Ingat kat seseorang eh?,” tanya Hasmin. Aku hanya membisu sahaja. Kerana aku tidak mahu perkara peribadi aku diketahui orang.

“Kenapa ni? Cerita la kat aku, aku tak suka melihat muka masam macam cuka. Buruk rupanya,” cuba mengorek rahsia. “Tak da apa-apa la. Aku ok je. Cuma ada benda yang aku tengah fikirkan ni,” terang aku.

Hasmin merupakan kawan aku sejak aku mengambil diploma lagi. Dia antara orang yang paling rapat dengan aku. Dan dia jugalah yang banyak membantu aku ketika aku menghadapi sebarang masalah. Kami banyak berkongsi tentang suka-duka kehidupan yang adakalanya pahit untuk ditelan. Tetapi aku masih tidak pernah percaya untuk menceritakan perkara-perkara yang berkaitan dengan keluarga aku kepadanya. Bagi aku biarkanlah aku menyelesaikannya sendiri.

Hari demi hari aku menghadapi hari yang cukup menyeksakan hati. Adakalanya aku rasa seperti tidak mahu lagi hidup dimuka bumi ini. Baik aku mati dari hidup sebegini. Mana tidaknya segala yang aku lakukan tidak pernah dihargai. Pemberian ku sentiasa disbanding-bandingkan dengan adik-beradik aku yang lain. Seperti tiada nilai hasil pemberian aku itu.

Aku masih ingat lagi sewaktu aku lepasan diploma. Aku pernah bekerja sebagai kerani di sebuah firma kerajaan. Ketika itu, gaji aku tidaklah seberapa sangat. Aku telah membelikan sesuatu kepada ibu dan ayah, yang pada pengamatan aku sememangnya cukup bernilai walapun dari segi harganya tidaklah mahal sangat. Mereka hanya memperlekeh-lekehkan barang yang aku berikan itu. “ Apa la yang kau belikan ini? Tak da nilai langsung! Macam beli dekat pasar malam je,” perli emak. “ Kau tengok abang kau, selalu belikan aku dan ayah kau barang-barang yang bernilai, berkualiti. Mana main beli dekat pasar malam,” kata emak. “ Abang dan akak lain mak. Mereka tu pensyarah, duit masuk banyak,” balas aku. “ Ah… itu semua alasan belaka,” dengan nada marah. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

Waktu hanya ALLAH S.W.T sahaja yang tahu macam mana perasaan aku bila orang yang aku hormati berkata demikian terhadap aku. Kadang-kadang aku terfikir adakah aku ini tidak bernilai terhadap mereka? Ataupun adakah aku ini bukan anak mereka? Semua perbuatan aku tidak diterima dan dihina. Bila difikirkan tentang dosa sekiranya aku menderhaka terhadap mereka yang membesarkan aku, aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Itu yang termampu aku lakukan. Begitulah hari demi hari aku terpaksa memendam rasa dengan perbuatan mereka terhadap aku.

“ Iskh budak ini, apa yang kau sedang fikirkan tu?” tanya Min.

“ Apabila aku tanya tidak hendak jawab! Tapi dok termenung sana, termenung sini!” Min dah mula membebel.

“ Dah-dah tak payah nak membebel kat aku. Tak larat nak dengar tazkirah selepas Isyak,” kata aku cuba hendak menghentikan bebelan Min.

Min terus diam bila aku berkata demikian terhadapnya. Dalam hati aku berkata, “ Macam mak nenek….” Ada saja perkara yang dia akan bebelkan jika ada yang tidak kena. Sekali fikir bagus juga ada kawan seperti dia. Saling ingat-mengingati.

Sebenarnya aku perlukan seseorang yang dapat menjadi pendengar setia aku. Kerana sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress aku ini. Perkara ini aku baca dalam sebuah buku motivasi yang dikeluarkan oleh penceramah yang terkenal. Jadi berdasarkan apa yang dikatakan itu, aku cuba hendak mempraktikkannya, tapi aku tidak tahu hendak cerita macam mana kepada Hasmin. Apa pula persepsi dia terhadap keluarga aku? Dulu kalau dekat rumah aku ada kakak yang memahami aku. Dialah yang banyak memberi pendorong kepada aku. Dia banyak membantu aku dari segi kewangan sekiranya aku tidak cukup wang. Hendak mintak dekat mak, mesti dia akan beleter kepada aku. Tidak apalah, aku malas menyusahkan mereka. Cukuplah apa yang mereka kata terhadap aku jika aku balik ke rumah. aku dah malas hendak menyusahkan mereka.

“ Esok kau tak keja ke? Ke kau nak rehat? Aku tengok kau ni selalu kerja. Jarang kau ambik cuti. Kenapa eh?” tanya Min. “ Saja…aku perlukan duit. Mana cukup duit yang kita dapat ni,” kata aku. Inilah rutin harian aku jika tidak ada kelas. Aku ada buat part-time. Sedikit sebanyak dapatlah menampung perbelanjaan aku ketika di universiti. “ Min…,” aku memanggilnya. “ Ada apa?” tanya Min. “ Emmm…tidak ada apa-apa la…,” balas aku.

“ Titt…titt…” telefon bimbit aku berdering. “ Hello, nak bercakap dengan siapa?” tanya aku.

“ Nak bercakap dengan Ayu.”

“Ayu bercakap ni.”

“ Siapa disana?”

“ Takkan dah lupa tunang sendiri?...”

“Oh, abang…”

“ Kenapa bang?” tanya aku.

“ Boleh tak kita jumpa esok?”

“ Boleh…tapi kenapa? Macam ada perkara penting saja?” tanya aku lagi.

“ Eemmm….esok kita jumpa dekat KLCC.” kata Man.

Aku dia membuatkan aku tertanya-tanya. Aku dapat merasakan seperti ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan tunang aku itu.

Keesokkannya aku pergi berjumpa dengan dia di KLCC. Sudah lama aku tidak bertemu dengannya. Aku cuba buang perasaan syak wasangka itu. Aku begitu gembira. Pada mulanya, dia seperti kelihatan begitu gembira juga. Tetapi tiba-tiba riak wajahnya telah berubah secara mendadak. Dia hanya tunduk. “Abang, nape ni?” tanya aku. “ Tidak ada apa,” jawabnya.

Tetiba dia mengeluarkan kata-kata yang membuatkan hati aku hancur berkecai. Aku seperti mahu pitam apabila mendengar kata-kata dari orang yang aku paling sayang.

“ Kita sudah tidak sehaluan lagi. Dan abang bukan lagi tunang ayu,” nada rendah.

“ Kenapa bang? Kenapa?... ”. Dia hanya mendiamkan diri.

Aku sudah menjangka pasti ada perkara yang tidak kena dengan hubungan kami. Kalau tidak masakan dia akan datang dari Johor semata-mata hendak berjumpa aku.

“ Abang sebenarnya tidak suka ayu menyambung pelajaran. Ayu pun tahu yang kita sudah berkawan sejak 11 tahun yang lalu. Kita sudah bertunang 3 tahun Ayu. 3 tahun! Bukannya 3 hari. Sampai bila harus abang menunggu?” Man meluahkan rasa hatinya. Aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Aku tidak tahu mengapa semua seperti tidak mahu menerima bahawa aku mahu belajar lagi. Zaman sekarang kalau dengan diploma, ibarat kerja dengan menggunakan STPM sahaja. Gaji pun rendah.

Tapi aku tidak boleh hendak kata apa-apa. Hanya mampu berdiam diri sahaja. “ Cuma Ayu harap abang akan bahagia bersama dengan pilihan hati abang dengan family abang tu,” nada sedih.

Aku terus balik. Hati aku cukup terluka dengan apa yang dia buat pada aku. Tetapi inilah nasib aku. Semuanya kerana aku menyambung pelajaran.

Apa pun yang terjadi aku mesti teruskan hidup ini. Aku hanya mampu berdoa agar kedua orang tua ku akan berubah, dan dapat menerima yang aku ingin belajar. Pasal hati, biarkanlah dahulu. Aku yakin kalau dah jodoh tidak akan ke mana. Cuma buat masa ini, kau hendak member sepenuh tumpuan kepada pelajaran aku. Bagi Rahman, aku doakan dia akan bahagia dengan pilihannya walaupun hati aku terluka dengan perbuatannya.

@ALAMMAYA@


304, BLOK L1, KOLEJ 12

23 FEBRUARI 2008

8.50 MALAM

No comments: