Sunday, March 09, 2008

Delima seorang gadis


“ Ah, malas aku nak fikirkan!” mengeluh berseorangan. “ Kenapa semua nak paksa aku ni? Aku dah besar, pandai la aku nak fikir “, mengeluh lagi memikirkan mengenai jodohnya sendiri. Sikap ibu bapanya yang terlalu memilih soal jodoh dan ketidaksabaran ibu bapanya menerima menantu menyebabkan dia tersepit antara cinta dan keluarga.

“ Tring…tring! Tring…tring!”, telefon berdering. “ Assalammualaikum, hendak bercakap dengan siapa?” Tanya Lisa. “ Mak ni. Ayah kau suruh kau balik segera. Katanya ada benda yang hendak dibincangkan,” pesan mak. Aku seperti terawang-awangan kerana tiba-tiba menerima panggilan dari rumah yang menyatakan aku kena balik segera. Seperti terdapat sesuatu yang begitu penting ingin dibincangkan. Masih banyak kerja aku yang belum siap. Mesti tidak dapat cuti. Aku membiarkan sahaja persoalan yang timbul begitu saja, sambil jari jemari aku ligat melipat kain.

“ Hello bos, saya ni Lisa. Saya hendak memohon cuti selama dua hari boleh tak?” permintaan Lisa. “ Awak hendak kemana? Buat apa awak cuti lama-lama?” persoalan yang ditimbulkan oleh En. Rahim. “ Saya hendak balik rumak kejap. Emak saya call tadi. Ada hal keluarga.” “ Baiklah, saya luluskan cuti awk,” dengan nada yang tegas. “ Terima kasih bos. Ni yang sayang kat bos ni. Nanti saya bawa ole-ole kat bos ok?” dengan nada girang.

Aku seperti berat hendak pulang ke rumah. Seperti ada sesuatu yang hendak di bincangkan. Persoalan terus berlegar-legar di benak fikiran aku. Disamping itu tangan aku terus mengemas baju sambil diperhatikan oleh housemate aku. Dia seolah-olah bingung dengan tindak-tanduk aku. “ Kenapa dengan kau ni Lisa? Kau hendak kemana ni? Kelam kabut je kau mengemas baju tu?” tanya Leha. Aku hanya diam membisu sahaja. “ Malas aku hendak terangkan kenapa. Buat malu je.” Aku hanya mendengus tidak puas hati. “ Aku balik dulu. Tengok-tengok rumah ni waktu aku tidak ada.” pesan ku. Leha menjawab lemah, “ Iye aku tau la. Ni pun rumah aku juga.” Aku terus mengangkat beg baju ke dalam kereta.

Jam di tangan telah menunjukkan tepat pukul 10.00 malam. Aku baru memasuki Lebuh Raya Karak. Keadaan jalan pada masa itu agak lenggang. Hanya bas ekspres yang menjadi teman disamping gelagat pemandu-pemandu bas yang gila-gila. Mereka seperti tidak memikirkan nyawa penumpang yang mereka bawa itu. Aku hanya mengikut sahaja bas itu untuk membuat teman. 8 jam aku memandu seorang diri bertemankan radio dan bas-bas ekspres, akhirnya aku sampai di rumah aku. Aku lihat lampu di ruang tamu rumah aku masih terang.

“ Assalammualaikum, mak! Ooo.. mak! Mak! Orang dah sampai ni,” Lisa mengejutkan emaknya. “ Siapa tu?” tanya emak. “ Lisa ni mak. Orang baru sampai.” “ Oh, kamu! Lambat sampai. Pukul berapa kamu bertolak dari K.L?” tanya emak lagi. “ Orang tolak pukul 10 tadi. Dah kata ada perkara penting yang hendak dibincangkan. Mujur dapat cuti. Jenuh memujuk bos nak mintak cuti emergency,” mengeluh. Emak hanya mendiamkan diri. “ Sudah-sudah, kamu pergi rehat dulu. Solat dulu,” arah emak. “ Emmm…”

Esok paginya aku seperti berada dalam keadaan separuh sedar. Seperti ada orang yang mengejutkan aku dari tidur. Tidak sempat hendak bermimpi. Mat datang menggerakkan aku dari tidur. Katanya ayah yang suruh gerak. Ada benda yang hendak di bincangkan. Aku pun terus ke bilik air dan bersiap. Lambat-lambat nanti kena marah pula. Nanti tidak pasal-pasal kena tazkirah pula.

Aku terus ke dapur. Ayah sudah ada di meja makan. Along, achik dan ucu menanti di meja makan. Ayah hanya memandang aku. Emak pula sedang menyenduk nasi. Emak hanya mendiamkan diri. “ Ai, macam mana anak dara bangun lewat ni?” dengan nada sinis. Aku hanya mendiamkan diri. Takut aku hendak menjawab. Aku tidak hendak sejarah lampau berulang kembali. Di mana aku di tampar oleh ayah kerana menjawab apabila dia memarahi aku. Silap aku juga kerana menjawab. “ Apa yang di tunggu lagi, makan la. Dah lapar ni,” arah ayah dengan nada tegas.

Sesudah makan, masing-masing berkumpul di depan televisyen. Aku di dapur sedang membasuh pinggan. Terdengar suara ayah memanggil aku. “ Angah…! Ooo angah! Mari sini kejap. Ada perkara yang ayah dan mak hendak bincangkan ni,” ayah memanggil aku. “ Ye…ye kejap,” aku menyahut panggilan itu. Hati aku mula rasa berdebar-debar. Pelbagai persoalan bermain di minda aku. Seperti dapat merasakan ada perkara yang melibatkan diri aku yang ingin dibincangkan. Bila aku bertanyakan perkara ini kepada emak. Emak hanya mendiamkan diri. Bila tanya ucu. Aku pula yang disuruh tanya sendiri pada ayah. “ Hhmmm..”

“ Meh sini kejap,” pelawa ayah. Terus pergi ke sebelah ayah. “ Kenapa ayah? Macam ada sesuatu yang penting je?” kebingunggan. “ Macam ni, Tok Ngah, kawan baik ayah tu…”. “ Kenapa dengan Tok Ngah ayah?” “ Tok Ngah ada menyatakan hajatnya kepada ayah untuk bermenantukan kau.” “ Hah?!” “ Ya, dia hendak menjodohkan kau dengan anaknya Azlan.” terang ayah. Dugaan aku selama ni adalah benar. Mesti perkara berkaitan dengan jodoh antara aku dengan Azlan. Perkara ini sememangnya telah diberitahu oleh emak dahulu lagi. Tetapi aku hanya buat endah tak endah saja.

“ Emmm…” kelu lidah aku. “ Kenapa mesti orang ayah? Orang tak nak kahwin dengan dia tu. Dah la mat rempit. Mesti pernah berfoya-foya dengan perempuan lain. Orang tak nak bersuamikan manusia macam itu,” dengan nada tegas. “ Kan dia tu anak Tok Ngah.” “ Biarkan la dengan dia tu. Peduli apa orang dia anak Tok Ngah ke anak Perdana Menteri ke!” melenting. “ Sudah la tidak bekerja. Hanya mengharapkan duit mak bapa dia saja. Macam tu hendak bela orang? Kirim salam la,” nada bongkak.

Tanpa rasa segan silu dan dengan rasa yakin aku menafikan permintaan keluarga aku untuk menjodohkan aku dengan Azlan yang tidak sedar diri itu. Walaupun perbuatan itu seperti menderhaka kepada perintah ibu bapa, tetapi demi kebahagiaan aku, aku sanggup menentang sekeras-kerasnya. Keadaan menjadi senyap sunyi sebentar. Ayah seperti tidak berpuas hati dengan pandangan aku. Tetapi emak? Dari raut wajahnya terpancar keraguan yang terbuku di dalam hatinya tentang Azlan. Tetapi tidak berani untuk meluahkan. Takut menjadi minyak tanah yang memarakkan api.

Keadaan menjadi tegang semula apabila aku menyatakan bahawa aku telah mempunyai pilihan sendiri iaitu Abdul Rahman. Seorang lelaki yang berasal daripada Pakistan. Merupakan seorang jurutera di temapat aku bekerja. Walaupun dia orang asing di sini, tapi aku menyintainya. Seorang yang bertanggung jawab dan mempunyai pekerjaan bagi membela aku nanti. Bukan seperti Azlan yang tidak bekerja dan menghabiskan duit keluarga saja. Namun Azlan tetap menjadi pilihan.

Masalah ini sampai ke pengetahuan Rahman. Aku terpaksa memberitahunya supaya dia lekas masuk meminang. “ Awak kena cepat jumpa keluarga saya. Saya tak nak orang lain. Saya hendak awak saja,” rayu ku. Rahman seperti cemas apabila mendengar perkara tersebut. Tidak keruan dibuatnya apabila aku meminta dia berbuat demikian. “ Awak biar betul? Takkan la keluarga awak dah menetapkan keputusan itu? Tak boleh jadi ni,” tanya Rahman. Setelah berkata demikian, Rahman terus meletak telefon.

Selepas beberapa hari, aku pulang ke Kuala Lumpur. Hati aku menjadi gundah gulana dengan keputusan yang dibuat walaupun tiada kata putus yang diberikan. Aku jadi lebih banyak termenung. Sehinggakan segala kerja aku tergendala. Sehinggakan suatu ketika aku telah ditegur oelh rakan seruamh dengan aku. pada mulanya aku diam sahaja. Namun setelah di desak beberapa kali aku akhirnya menceritakan perkara sebenar kepada Ana dan Mila. “ Aku bukan apa sebenarnya. Kau pun tahu yang aku dengan Man macam mana? Kau pun tahu perasaan aku terhadap Man macam mana? Tapi bila balik saja ke rumah, family aku beritahu yang mereka hendak menjodohkan aku dengan Azlan. Mat rempit dekat kampung aku,” terang ku. “ Kau tak boleh buat macam tu. Kesian kat keluarga kau. Kau tak rasa menderhaka ke?,” tanya Mila. Mila seolah-olah menyokong perbuatan keluarga aku. “ Eh kau ni. Orang tu tengah susah hati kau nak menyesakkan pemikiran dia pulak. Kalau aku aku sokong dengan perbuatan Lisa tu. Ni bukan soal menderhaka atau kesian… tapi soal hidup bersama untuk masa yang panjang!,” dengan nada tinggi. Mas kelihatan begitu marah dengan kata-kata Mila. Mila hanya diam.

Hari ini genap setahun hubungan aku dengan Rahman. Aku berasa cukup gembira. Hajat dihati untuk mengajak kekasih hati aku itu keluar. Aku cuba untuk menelefonnya tapi... Tiada yang mengangkatnya. Sepuluh kali aku menelefon, masih tiada respon. Telefon bimbit pun tidak diangkat. Sms pun tidak berbalas. Membuatka aku berasa cukup risau. Takut berlaku sesuatu kepada diri Rahman. Aku bergegas ke rumahnya. Apabila sampai di depan rumahnya, aku lihat keadaan rumah seperti sudah tiada orang. Rumah itu sudah dikosongkan. “ Takkan dia sanggup meninggalkan aku?,” hati kecilku berkata. Aku memberi salam beberapa kali. Namun tiada yang menjawab. Tetapi jirannya pula yang menjawab. Jirannya menyatakan bahawa Rahman tidak menetap disitu lagi. Mengikut kata jirannya, Rahman ingin pulang ke kampung halamannya. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang dinyatakan oleh jiran Rahman itu. Aku cuba menajamkan pandangan mata aku ke kawasan sekitar rumah tersebut. Aku ternampak ada sepucuk surat yang tertulis nama aku. Memang benar seperti yang dicakap oleh jirannya. Aku seperti tidak dapat menerima apa yang telah terjadi. “ Sayang, saya terpaksa berbuat demikian kerana keadaan memaksa. Saya tak sanggup melihat sayang menjadi anak yang derhaka kerana saya. Lagipun saya rasa memang tiada jodoh antara kita. Jadi lebih baik saya yang menarik diri sebelum perkara ini berpanjangan. Akhir kata dari saya, ingat saya dalam doa awak dan saya doakan agar awak bahagia,” antara isi yang terdapat dalam surat tersebut.

Setelah aku membaca surat itu, aku pun bergegas pergi ke KLIA. Tetapi usaha aku untuk berjumpa dengan Rahman buat kali terakhir berkecai apabila aku tidak sempat hendak berjumpa dengannya. Penerbangan ke Lahore sudah berlepas. Hati aku sungguh sedih. Setelah aku berusaha untuknya. Aku menangis teresak-esak di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. “ Rahman…,” teriak ku. Aku menjadi begitu lemah. Seperti tiada semangat untuk berdiri dan meneruskan hidup. Hati aku sudah hancur. Impian aku sudah musnah untuk mendirikan sebuah masjid hasil titik peluh aku.

Aku keluar dari KLIA menuju ke tempat letak kereta. Dalam perjalanan kesana, aku ternampak kelibat seseorang seperti sedang menanti aku dari jauh. Aku membiarkan saja pada mulanya. Sehingga aku merasakan sesuatu yang mencurigakan. Apa bila aku menoleh ke kanan rupa-rupanya Azlan sedang memandang aku dari tempat aku meletakkan kereta aku itu. Dia kelihatan tenang menanti aku. “ Bila pula mamat ni datang ni?, “ tanya ku di dalam hati. Dia hanya tersenyum. “ Awak ok? Hendak saya hantar awak?,”tanya Azlan. “ Tidak mengapa. Saya boleh pandu sendiri,” jawab ku menolak pelawaannya.

Akhirnya aku berjaya melupakan Rahman walapun terpaksa mengambil masa yang lama dan menanggung kepedihan berseorangan. Tetapi dengan sokongan orang tersayang aku menjadi lebih kuat. Mujurlah suami aku memahami apa yang telah berlaku pada aku pada masa dulu. Azlan pula sekarang sudah berubah. Dia telah bekerja di sebuah syarikat sebagai seorang pengurus. Hidup kami berdua begitu gembira dan mengharapkan ia akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

@ALAMMAYA@


No comments: