Monday, March 03, 2008

SKRIP drama "DoSa PeJuAnG"

Dosa Pejuang

Para Pelakon

Kariman (Tokoh pejuang tua)

Rizman (Wartawan)

Satiamah

Tirai dibuka. Kedengaran bunyi guruh berdentuman serta disusuli oleh bunyi rintikan hujan yang berlatarkan di satu sudut rumah usang (ruang tamu). Kelihatan sekeping papan di atas akhbar-akhbar buruk, dua tempayan besar di tepi tingkap.

( Kariman menutup tingkap dan meletakkan papan di atas akhbar buruk yang tersusun antara dua tempayan besar. Tiba-tiba kedengaran bunyi guruh berdentum).

Kariman: Oppocot!!! (terkejut)

( Dua biji botol kosong tiba- tiba jatuh, lalu diangkat dan dibariskannya di sisi deretan tin-tin buruk).

( Rizman datang)

Kariman: ( Duduk sambil minum teh dan makan kerepek di sisi pelita yang

sebahagiannya diadangi sekeping kadbod)

Rizman: ( Monolog) ‘ Lelaki berusia 60-an biasanya sudah luntur’.

Rizman: Assalammualaikum… ( buka kasut kemudian berhenti di atas anak tangga dan

menggelap badan dan rambut yang basah kuyup)

( bunyi guruh berdentum)

Rizman: Apa tu?! (terkejut melihat tikus yang berlari di celah- celah botol dan tin,

dikejar kucing putih yang melanggar botol-botol yang menghalang).

Kariman: Waalaikummussalam… (melihat Rizman mengesat kaki dan rambutnya

dengan tuala kecilnya sendiri)

Rizman: ( Menggalas beg hijau kecil berisi alat perakam, buku catatan, pena ball- point,

gula-gula, Aspro, novel klasik dan seberkas kunci)

Kariman: (monolog) ‘ Anak muda ini cukup bersedia’ (menggeleng-gelengkan kepala).

Rizman: ( menuang teh dari cerek comel sambil memerhatikan Kariman yang sedang

berkhayal).

( monolog) ‘ Orang tua begitu memang selalu suka menguji dan mengukur’

( monolog) ‘ Kariman baik orangnya. Dahinya yang luas, rambut lebatnya yang

sebahagiannya masih hitam dan keningnya yang tebal

membayangkan hemah dan azamnya. Kekalutan lama tentunya

yang lebih banyak memenjarakannya. Dia cuma perahsia. Ini hak

setiap manusia’.

( meneguk teh dan menelan Aspro)

Kariman: Kau sakit?

Rizman: Tidak… ‘ cuma bersedia’ (bersin)

(mereka berbalas senyuman)

Kariman: Kau anak yang cekal ( sambil gulung rokok). Sebenarnya aku tidak tahu

mengapa aku perlu menceritakan segalanya kepada kau.

Rizman: Tidak payah kalau…

Kariman: Ya, tidak payah…itulah yang kau ulang-ulang. Tapi, kau mendesak juga

dengan caramu ( menghisap rokok dalam-dalam)

Rizman: Maafkan saya kalau…

Kariman: Apa yang kau ingin tahu lagi?

( lampu padam, tirai di tutup)

Babak 2

Tirai di buka. Lampu dinyalakan. Beberapa orang berlari ke longkang atau ke kubur di belakang masjid

Kariman: ( Menyorong nenek Chow Wah ke shelter di sisi longkang. Kemudian dia

mendukung dua orang anak Satiamah berlindung di sekitar kawasan kubur).

Satiamah: ( Mencangkuk lengan Kariman)

Kariman: ( Mengangkat peti khususnya untuk di sorokkan di belakang timbunan

akhbar dan longgokkan tali).

( Bunyi siulan syel dan bom meletup)

( Monolog) ‘ Bila perang akan berakhir’

( Duduk di tepi akhbar, terasa gegaran dan kedengaran susulan siulan syel).

Lebih dua tahun Jepun menduduki Malaya. (nada garang, cekal dan menggugat)

Kariman: Ke mana suami kau menghilang, Sia? Di saat kau dan anak- anak kau

perlukannya…(diam sebentar) di manakah dia? Dimanakah tanggungjawabnya?

( mengeluh)

Satiamah: ( Menghulurkan anaknya kepada Kariman sambil pegang tangan Kariman)

Abang Kar fikir Lahmuddin tinggalkan Sia anak- beranak?

( Letupan bom kedengaran)

Kariman: Aku tak tahu. Dia suami kau…(cuba melepaskan cangkukan jari wanita itu)

Satiamah: Sia tak pernah tahu Lahmuddin. Entah hidup, entah mati.

Kariman: Tak tahu? Tak pernah tahu?( membeliakkan biji matanya, kehairanan).

Aik, sudah tiga orang anak kau bersama Lahmuddin, kau tak tahu juga? Pelik sungguh.

Satiamah: ( Menangis teresak- esak). Sia tak tahu! Tak tahu!!

( Lampu di padam, tirai ditutup)

Babak 3

Tirai dibuka, lampu dipasang. Kilat semakin erap dan guruh lebih berang.

Rizman: Aaaa….(terkejut ternampak tikus mencelah sebelum pelita terpadam)

(pentas gelap seketika)

(kucing duduk mengenyit-ngeyit dihujung kaki Kariman)

Kariman: Hmmmm…malas aku nak pasang. Biarkan je…(membiarkan api pelita terpadam sebelum memasangnya)

(pentas separuh terang)

Rizman: (sedang membanyangkan sesuatu)

(monolog) ada kalutan hati nurani, ada ujian hawa nafsu, ada sorokan rahsia, ada dendam peribadi dan ada upaya memerdekakan Malaya. Sudah lebih tujuh kali bertanya tentang Lahmuddin, ternyata Kariman seperti sengaja mengelak. Bertanya tentang Sotifah- kesannya semakin rahsia. Bagaimana dengan peti khusus yang sengaja disembunyikan itu?

(menambah teh dan hirup sekali dua)

(monolog) Apa yang dikatakan oleh orang tua tu?

(guruh dan kilat menyentak tajam)

Kariman: (seperti tergelongsor daripada realiti atau kehadirannya yang tidak dapat dikesan)

Apa yang kau tengok-tengok,hah?!

Kenapa kau hendak tahu semuanya? Kenapa??

Rizman: (khusyuk mendengar apa yang di ucapkan oleh Kariman)

Kariman: ‘Tengku Derus tidak berhak di sini. Tengku Maimunah perlu disingkirkan.’ (terkemam)

(suara terpecah dua atau tiga)

‘Mereka tidak berhak. Berapa kali sudah aku katakan. Tengku Yadi masih juga ingin pertahankan, aku keluar daripada kumpulan ini.’

(hujan lebih lebat, kilat dan guruh semakin kasar dan pelita terpadam lagi)

Rizman: (buat tak tahu)

(enggan kehilangan suara yang sedang bersambung dan mula bermakna)

(monolog) ‘Aku rasa akan mendapat sesuatu yang lebih berisi atau yang lebih rahsia.’(mendengar denga cermat agak lama)

(kilat sambung menyambung)

Rizman: Ya ALLAH!!...Pakcik, kenapa ini? (terlihat Kariman tersungkur di sisi pelita)

(segera mencari mancis dan menyalakan pelita)

Pak cik, bangun pakcik!!... Pak cik! (orang tua otu sedang mengigil dan tersentak-sentak dengan mata yang sebentar-sebentar terbeliak)

(lampu dipadam, tirai ditutup)

Babak 4

Tirai dibuka, lampu dipasang. Nenek Chow Wah mati petang itu. Suniya, Nahapan, Srivedi dan Lik Lik berlari dibelakang wanita tua itu. Bom jatuh disekitar dan mereka terjahut serta merta.

Chow Wah: Nenek, bangun nek!! Bangun nenek! Jangan tinggalkan saya!...

(Kariman datang dari belakang sambil mendukung dua orang anak Satiamah, dan melihat orang tua iotu mati tersenyum)

Kariaman: Ah Wah, lari cepat! Kita sembunyi dahulu! Cepat!!!(mengajak Chow Wah)

(deruan bom semakin garang)

Chow Wah: Tak nak!!aku rela mati bersama nenek...nenek! (berdiri tepat dijatuhi bom dan segalanya meledak, penuh asap dan debu yang kacau)

Kariman: (terpaku kerana sebaik-baik semuanya reda dan tenang, ternampak Lik Lik bangun sambil meraung, kemudian tumbang)

(sukar terima kenyataan)

(monolog) akan didatangi semula keluarga Chow Wah dari Ipoh dua tiga hari lagi untuk menghadiri upacara pengebumian seorang pak cik. Betapa penerimaan mereka nanti apabila terpaksa menyambut kematian yang bersambutan?

‘ Mengapa suamimu tak juga pulang-pulang, Sia?’ (duduk menemani wanita itu bersama tiga orang anaknya di tengah-tengah ganguan bom dari B-29.)

Satiamah: ‘ Sia tak peduli!’

Kariman: ‘ Tak peduli? Dalam perang- perang begini, kau tak peduli.’ (kehairanan)

Satiamah: ‘ Dia tak peduli Sia dan Sia pun tak mahu peduli.’ (lambat-lambat)

Kariman: ‘Kau tak tercium sekarang ada bahaya lebih besar bukan sahaja dari udara?’

Satiamah: (mencium anaknya dan menoleh ke arah Kariman)

Kariman: (nada marah) ‘ Aku kata kau tak tercium bahaya?’ (menarik bahu Sia)

Satiamah: (menangis)

Kariman: (tergamam)

Satiamah: ‘ Sia tak peduli kalau Lahmuddin tak balik lagi. Abang Kar ada di sini.’

Kariman: (monolog) Abang Kar ada di sini, benar. Tapi, aku punya tanggungjawab besar, kepada keluarga, kepada masjid, kepada...’

(serasa sungutan Satiamah) (monolog) ‘ Adakah tangungjawab ke atas wanita malang

seperti saya dengan tiga orang anak yang tersia-sia ini tidak besar?’

(lampu dipadamkan, tirai ditutup)

Babak 5

Lampu dipasang dan tirai di buka. Enam orang berkumpul di gubuk jauh di belakang kawasan masjid dan kubur. Senyap beberapa saat kerana terdengar kersik tapak kaki manusia. Dua orang memegang parang dan seorang memegang kapak.

Tengku Yadi: (berjalan) Eheeem....ehem....(menyuluh muka seketika dan memperkenalkan dehemnya) Ni aku la....Tengku Yadi...

(mereka bermesyuarat)

(terdiam seketika kerana terdengar kersik tspsk kaki lain)

Dasimun: (menyuluh mukanya sekerlip). Aku ni, Dasimun...(nada perlahan)

(pertemuan rahsia malam itu berlangsung dalam cemas- ada ketikanya- dalam suasana panas tuduh menuduh. Baik Tengku Yadi mahupun Kariman sendiri, tidak dapat lagi mengawal atau mententeramkan suasana kerana ramai yang percaya bahawa dua rancangan mereka yang lalu secara mendadak telah diketahui Jepun dan hampir dua ratus orang telah diserkap hanya dalam satu malam di tengah-tengah sergahan bom British.)

Tengku Yadi: ‘ Sejarah perjuangan bangsa kita masih terlalu muda, apalagi kini kita menghadapi musuh yang lebih bertenaga dan kasar.’

‘Barangkali saya tidak diterima kerana saya dari golongan bangsawan. Tapi, percayalah...’

Dasimun: ‘Banyak penderhakaan dalam perjuangan bangsa memang dilakukan oleh golongan bangsawan.’...(tidak berselindung)

Kariman:‘Nanti dulu, jangan terburu-buru’...(cuba menenangkan keadaan)

(suasana bertambah menggelak dan mesyuarat terpaksa dihentikan mengejut apakala siulan bom mula kedengaran bertalu-talu, sementara tidak berapa jauh kedengaran suara sojar Jepun mangarah dan mengerah sesuatu sekasar mungkin)

(Dasimun dan dua orang lagi ditangkap)

(Sojar Jepun sempat berlegar-legar di sekitar masjid memerhatikan Kariman pada waktu subuh, dan mendatanginya bertanya sesuatu; kemudian meninggalkannya begitu saja.

Kariman: (Nampak Satiamah dan anak-anak duduk menunggu di pintu belakang masjid dan menangis teresak-esak) ‘Mengapa Sia? Mengapa kau menangis?’

Satiamah: ‘Saya takut Abang Kar pula di tangkap’...(bangun mendapatkan Kariman)

Kariman: ‘Kau jangan menyulitkan keadaanku, Sia.’ (mengeluh)

Satiamah: ‘Kasihanilah Sia, Abang Kar. Tiga orang anak saya ini memerlukan kasih sayang juga.’ (menggenggam tangan Kariman)

Kariman: (Melepaskan genggaman Satiamah lalu pergi semula ke kolam dan mengambil wuduk)

Satiamah: (bersama anak-anaknya menunggu dan memerhatikan Kariman yang sedang sembahyang.)

(Lampu dipadam dan tirai ditutup)

Babak 6

Tirai dibuka dan lampu dipasang. Rizman sangkut pelita di tiang yang biasa, kemudian mengambil cerek camel dan ke dapur. Suasana tenang dan bunyi cengkerik mula keras, bunyi katak, hujan sudah mula berhenti. Rizman menghidupkan dapur, mengisi air dan menjerangnya.

Rizman: (Berdiri menghadap api, terbayang semula apa yang telah dirakam dan dicatatnya.)

(Monolog) ‘ Aku rasa, aku tahu beberapa rahsia termasuk rahsia kubur beramai-ramai itu’

(Monolog) ‘Orang tua ini memang terlalu menderita’ (merasa bersalah)

(Monolog) ‘Pembimbing tesis aku kata bahawa tugasnya khusus untuk mengetahui apakah yang sebanarnya berlaku dalam komplot perjuangan kemerdekaan unutk membebaskan Malaya dan menyatukan dengan Indonesia.’

‘Kenapa aku tidak terfikir, dalam penyelongkarannya itu ada cerita lain yang menyangkut diri, turut menyangkut kumpulan kemerdekaan itu juga? Sekarang baru aku tahu ada kubur beramai-ramai, tapi kat mana? Cuma orang tua ni je yang tahu.’

(Menunggu di hadapan dapur agak lama sehingga cerek air itu mendidih semula dan asapnya bertunda keras. Kemidiannya mengangkat cerek itu, menuang isinya ke dalam cerek kecil dam membuat teh.)

Rizman: (Menghirup teh, menunggu Kariman terjaga)

(Monolog) ‘Selepas isyak nanti, barangkali aku boleh terus bertanya tentang peranan sebenar Tengku Yadi, Dasimun dan Imran Kadiro.

(Merenung wajah Kariman)

(Monolog) ‘Apakah wajar juga aku bertanya apa yang terjadi pada Satiamah dan anak- anaknya? Dia seperti ternampak Lahmuddin bercekak pingggang sambil ketawa!’

(Lampu dipadam dan tirai ditutup)

1 comment:

Rizal Razak said...

Mak aii...panjangnye ko punye skrip....